- IIbu-ibu yang menyusu badan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser buah dada, kanser ovari dan hip fractures. <---.. terutama kalau ibu start menyusu sebelum umur 30tahun... so, kemungkinan nak dpt semua kanser2 berkaitan wanita ni lebih rendah
- Kajian yang terbaru even ada kata yang breastfeeding ni boleh kurangkan risiko rheumatoid arthritis dan depress selepasa bersalin a.k.a meroyan. <--- so true... bila menyusukan anak, hormon oksitoksin akan dirembeskan untuk membantu proses penghasilan susu, membuat ibu lebih tenang dan rasa bahagia. Jadi, peluang nak dpt sakit2 ni tentulah lebih rendah kan?
- Lebih ekonomik... mesra poket para suami dan mesra bajet keluarga :D... <-- bayangkanlah, kena bayar rm70 untuk setin susu formula.. dan didarab ngan 4tin sebulan dan darab lagik setahun.. berapa tahun ye anak2 minum susu?? Tentulah kita nak anak minum selama yang mungkin kan?? <<-- mak selalu cerite yg adik saya (Azira dan Saufia) siap pandai buat sendiri susu diorg.. pun belum berenti minum susu!!
- Cara yang paling best untuk bonding ngan baby. Kita dapat dakap baby.. dan baby lebih selamat dan tenang.
- Alasan nak rileks. Hahahha..best kan? bila baby nangis aje nak susu, kita pun bole baring sambil menyusu.. dapat bonding, dapat lak berehat... sambil menyelam sambil
tidominum air... ;) - Mudah.. dan cepat... selak aje dah bole menyusukan baby... tak perlu lagi nak ke dapur, air panas utk sterilise botol, sukat air panas dan air sejuk... sukat susu formula... nak2 kalau tgh malam kan??? <-- en. suami2 ni musti lagi suka.. takdela turn dia nak kene bangun buat susu kan? :)
- Islam pun menyarankan para ibu menyusukan baby kalau dapat sehingga berumur 2 tahun... malah, dikatakan jika hendak menyempurnakan penyusuan susu ibu, susuilah baby sehingga sekurangnya berumur 2 tahun.
- Boleh slim tau.... ibu2 akan membakar 500kalori setiap kali menyusu.. so, inilah masanya nak menyelimkan badan... <---suka sgt2!!! tak perlula pergi ke slimworld, london bodyweight mngmnt or marie france.... hehehhe.. en. suami pun makin suka kan..???
- Menyusu susu ibu akan membekalkan baby dgn antibodi yg diperlukan oleh tubuhnye untuk membesar dgn sihat dan kuat! <--- bila baby sihat, kurangla kos klinik.. jimat lagi, kan?
- ibu2 boleh cantikkss... <--- yekla, kita kene jaga pemakanan kan.. kene mkn yg healthy2 saje... kene minum air masak byk2.. nak bykkan susu, bole minum oat.. yg juga terkenal mengurangkan kolestrol n baik utk jantung, bole kurus... heh.. pendekata, bole cantikkss la!
So, kawan2.. marila kita ramai2 menyusui bayi kita selama yang kita mampu, ye!! Chaiyoukk3x!!!
alasan pertama yg membuatkan suami saya terus setuju saya nak breastfeed adalah kerana jimattttt..hahaha..kemudian baru educate pasal kebaikan..
ReplyDeleteorg lelaki memang awareness lebih sikit bab2 duit ni kan..hehe..
sama la... my asbenn pun lebey aware ttg duitmuit nih...
ReplyDeletesaya je yg tokang perabis borasss.. ;p