Pages

December 31, 2011

Tekad, Azam, Semangat dan Usaha

31.12.2011

Hari ini hari terakhir pada tahun ini. Tentunya ramai betul yang mencongak2 dan bermuhasabah diri sepanjang setahun.

Padaku, tahun ini adalah tahun yang penuh dengan warna. Ada warna yang ceria, romantik, rona-rona lembut dan tidak kurang juga warna hitam pada tahun ini.

Azam yang kubuat tak semestinya bermula pada awal tahun... bila bersemangat, tentunya daku akan berazam, bertekad dan kibarkan semangat supaya menjulang2 usaha ku. contohnya, azamku untuk misi penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk Rania.

Azamku juga diperbaharui apabila habis pantang tempohari, terhadap tanggungjawab kepada kerjaya.

Kali ini, sekolah yang akan dibuka minggu hadapan memberikanku semangat untuk memperbaharui ikrar untuk menjadi pendidik yang lebih berdedikasi dan lebih professional.

Awal-awal tahun persekolahan memang menuntutku melakukan pengorbanan masa dan tenaga.


Moga perjalanan tahun 2012 dapat kutempuhi dengan tenang dan tabah. 

Selamat tinggal 2011 yang penuh dengan warna. Selamat datang 2012  :)

December 29, 2011

Selamba atau Lucah?


Semalam dah 2 hari daku ini masuk kerja semula setelah bercuti bersenang lenang hampir sebulan ++...

Hari pertama meeting sampai jam 1.30 dan dijamu makan tengahari nasi beriani feverett... So, lepas makan, dalam jam 2 petang (*gasp*!!! sebab lapo gilerr, heh) barulah ku pam. Masa dalam meeting, sangat gelisah sebab jam 10.30pagi dah rasa kedua2 B daku panas....  Dapatlah hampir penuh dedua botol bila selesai sesi memerah.

Semalam pula ku lebih berjaya, ku dpat buat 2 sesi perahan di sekolah. Satu, jam 10pagi dan satu lagi jam 2ptg. Nasib ada tea break jam 10pagi tu. Ku dengan selambanye dalam bilik miting yang boleh muat (padat macam sardin) 100 orang mengeluarkan gajet2 perahan dan mula memerah... tapi masa tu hanya ada dalam 7 orang sahaja... (termasuk BOS) dan semuanya perempuan... Masa ku mengepam tu, adela dalam 2,3 orang kakak2 veteran yang menegur sambil kagum dengan gajet2 ku yang bagai2 itu.. Ada seorang lagi kakak tu muka dia seakan tak percaya yang aku memerah susu dalam bilik mesyuarat itu dengan selambanya.... Dia memang tak cakap pape tapi riak muka dia tu 'incredulous' dan 'sceptical' kat aku ni

Bila jam menginjak ke jam 10.20, makin ramai memenuhi kembali bilik untuk sidang mensyuarat seterusnya.
Ada pulak yang menegur "ai, Leen, sempat lagi ye ko? Melucah ye..." Padahal, ku lakukan sediscreet mungkin untuk elakkan BOS nampak.. Memang people won't notice unless they really look at me. Agak menyirap darahku ketika itu dan dialog itu diucap tatkala ku menyimpan perahan dalam cooler bag ku.


So,

  1. patut ke tak patut ku mengepam dalam bilik mesyuarat?
  2. Lucah ke memerah susu ni?


adakah bila daku mengepam di bilik mesyuarat nampak unprofessional eventhough during break?

December 20, 2011

Hormon Dalam Penyusuan Susu Ibu

Sambil-sambil memerah susu, sambil menggugell info2 pasal Susu Ibu. Boleh buat tambah pengetahuan.

Ku gugel pasal hormon yang diperlukan dalam menghasilkan susu ibu.

http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/lactation

http://wikieducator.org/Breast_feeding_and_weaning


Breast anatomy

Credit(i) dan Credit(ii)
Hormon yang mainkan peranan ialah:


  • prolaktin (prolactin) - bertindak kepada breast (alveoli cells) untuk hasilkan susu. 
  • oksitosin (oxytocin) - Proses menghisap breast oleh bayi akan merangsang penghasilan hormon ini. Hormon oksitosin ini akan merangsang 'milk ejection' atau 'milk letdown'. 
Kekurangan hormon oksitosin akan sebabkan susu tak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari breast. Jika ibu yang menyusu/memerah tak fokus kepada proses menyusu, susu yang keluar pada waktu itu juga akan berkurangan. Tak fokus contohnya fikir pasal kerja ke... problem ke, rasa tak selesa....

Sebab tu disarankan ibu-ibu yang sedang memerah especially waktu bekerja, supaya membawa bersama gambar anak. Tenangkan fikiran, ambil nafas dalam-dalam dan bayangkan anak tengah senyum, ketawa dan bermacam-macam lagilah keletahnya.


December 19, 2011

Sijil, Diploma, Ijazah dan Phd

:)

Sekarang daku tengah gigih berusaha untuk memerah susu supaya stok susu kembali meningkat. Maklumlah, tengah cuti ni agak culas dan m.a.l.a.s.s.s. sket. Kadang-kadang sudah sibuk melayan kerenah anak-anak sampai tertido dan tak terjaga tengah malam (ie: jam 1-2pagi) dan juga awal pagi (read: 5pagikk) untuk mengepam stok susu.

Rania sekarang kalau time jaga sangat banyak minum susu. Sebelah tak cukup, nak dibolotnya kedua-dua belah. Atau? adakah tanda-tanda susu dah berkurang? macam mana pun, syukur Alhamdulillah masih mampu mengeluarkan susu dengan izin-Nya.

Jadi, memang malam dan awal pagi sahaja waktu yang sesuai untuk sesi pengepaman. hmm.. Power pumping pun belum buat minggu ni.. Nak tak nak kena tingkatkan sesi PP ni.

Bila difikirkan tentang stok susu, bole buat ku kecut perut sambil mencongak-congak cukup ke tak stok sekembali bekerja nanti. Impian untuk exclusive bf Rania selama 6bulan hampir tercapai dengan tinggal berbaki kurang sebulan. Kalau tiada aral dan dah tertulis rezeki Rania, InsyaAllah.

Yang pastinya, waktu check-up Rania lima bulan, berat badan dia naik 200gm aje dari 5.6kg ke 5.8kg. Memang kurang kenaikannya, tapi still naik. So, tak risau sangat. Rania kena cucuk pelalian jugak. So, nurse tu tanyalah, dah ada ke ubat demam? Daku mengiakan aje. "Buat standby," sambung nurse tu.  Then, yang bestnya bila nurse tu cakap, "oh, akak tak perlu risau. Jarang baby yang breastfeed demam bila kena cucuk". Syukur. Memang Rania setakat ni tak pernah demam lagi. :D


Target seterusnya pastilah nak teruskan ke penyusuan susu  ibu sepenuhnya sampai setahun. Kemudian baru bole pasang impian untuk tahun kedua.

Pernah terbaca masa blogwalking dan forum di susuibu, pasal target2 ni....

6bulan: Sijil
Setahun: Diploma
Setahun 6 bulan: Ijazah
Lengkap Dua tahun: Phd


Kiranya daku baru je nak dapat sijil. Masih panjang perjalanan penyusuanku. Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan semoga Rania dimurahkan rezeki untuk terus menyusu sehingga ke tahap Phd. Amin.




December 09, 2011

YES.

Year End Sale....



korang2 ni dah beli ape dah sempena sale ni? Ala, takkan tak beli pape langsung kot? Betul?? ;p

Sale2 camnih memang saaaangat rambang mata (dan melubangkan pokets) kita semua. Tapi, betulke YES ni memang sale atau sengaja harga2 tu di 'mark up' then dia buat2 slash kononnye potongan harga 50% lah walhal  kita (pengguna) ni kena tipu oleh opportunists nih?

Contohnya, comforter set yang dijual di pasaraya P ni. Dia buat harga RM499.90 then slash la harganya menjadi RM250 aje. Kononnya mereka ni sangatlah bermurah hati nak bagi diskaun sampai 50%. Tapi kalau tak sale, harganya yang sama aje.

Takde pulak kena saman ke or denda ke? or sebenarnya takda akta yang khusus untuk sabitkan kesalahan peniaga2 ni? Undang-undang kat Malaysia ni sangat fleksibel ke Yekla, law orang2 yang ikut budi bicara. Itu sebab peniaga aka opportunist ni bermaharajalela dan tak takut pun sebab denda yang dikenakan seciput aje berbanding untung yang diorang dapat. Bagiku, undang-undang yang kurang melindungi hak pengguna sebaliknya melindungi peniaga.

Kita sebagai pengguna kena bijak memilih kan? Nak2 kalau orang pompuan ni ada lebih buying power (or buying passion? ). Banding-bandingkan harga dulu. Beri diri sendiri tempoh bertenang. Kalau tak termimpikan kasut/beg/baju etc tu maknanye takdela hendak sangat tu. Satu lagi tips ialah makan dan penuhkan perut dahulu baru pi shopping. Baru la tak terikut nafsu sangat dan kita juga akan berfikir lebih rasional. Kalau dapat ada senarai barang yang nak dibeli lagi bagus. takdela kita nak beli semua benda kat rak barang tu. hehhehe.


*pesanan untuk diri sendiri supaya kawal diri (dan poket) time2 sale nih. :p

December 08, 2011

.... lallalal....

hihihi.... tak tau nak tulis tajuk entri ni ape sebab bercampur aduk le....

first, rasa cam anak murid (sendiri) yang bakal dimarahi (oleh cikgu yang amat garang, iaitu diri sendiri) sebab tak buat kerja dan tak rajin membuat (karangan ;p) entri di blog.

second, macam nak sumbat semua yang dah berlaku dalam tempoh (bertenang) kehilangan sebulan ni dalam satu entri ni aje.. hehhehh... macam tamak aje...

yang pasti, diriku yang tengah cuti ni setelah berhempas pulas sebulan kerja lepas maternity leave aritu sangatla seronok membuai dan mengulit anak-anak skarang ni ... :D

Syabil, ku tengah siapkan dirinya supaya masuk taska... biar dia bermain secara berjadual sket... heheh... taknak pun soh dia belajar yang sampai ade homework2 tu.. tapi biarlah dia belajar dari main-main dan mainan dia tu.. CUMA, satu, pening juga bila difikirkan untuk berperang waktu pagi-pagi ngan Syabil. Musti sangat kabut dan kelibut. heh.


Syabil tengah fokus... 5 saat aje... :)





Makan donut... (lebih kepada makan cokelatt aje...)




Rania, sekarang sudah boleh meniarap. Itu yang seronoknya pasal anak daraku ini. sekarang juga dia dah pandai untuk menangis sambil mencebik-cebik muka. Cebik tu alasan aje untuk dia diambil dan didukung.... pastu macam radio, terus off and senyum. Very cheeky. Ku predict yang Rania ni lebih strong-willed dari abangnye. We'll see.... :)



Rania tengah berkira-kira nak maman tangan mama...




Diari pula penuh.. dengan karenah anak-anak... (plus pakcik2 dan makcik2 diorang.... hehheheh)
Banyak kali juga melawat mall... hehhehhe.... banyak kali jugak makan-makan tak hengat doniaaa....

Wekend ni pula tambah sorang lagi rakyat dari Bangi, Si Putri yang comel datang bercuti-cuti sekolah di sini... Nak buat ape ye...???

November 08, 2011

Soffiya - Romantik atau Realistik?

Haa.... Kepada mereka-mereka yang berkenaan sahaja tau ..;p



Korang yang ikut cerita ni mesti tau kan pasal heroin cerita ni.. Yaya...
Memula cerita ku tengok sebab cerita Khabir Bhatiar n Tiz Zaqyah yang berlakon.
Tapi, gerammm sangat ngan Ayah Yaya yang jadik haruan plus juara tinju berganda tu...
Padan muka kena bunuh.... (cerita ni memula macam cerita Danielle Steel)

So, Siapa yang Yaya akan pilih? Kamal atau Ilyas... Bacalah analisisku kat bawah dan kita tengok petang nanti apa ending cerita yang best ni.

Yaya - seorang yang menerima apa sahaja ketentuan Ilahi. Anak kampung yang innocent, dan teraniaya, terseksa tetapi pasrah dengan Suratan takdir.

Kamal - Penyayang. Sanggup buat apa sahaja untuk orang yang disayangi..

Ilyas- ku tak ambik port sangat. ;p boleh gitu? hehheh

Analisis/tekaan ku diumur 30an yang lebih kepada realistik a.k.a berpijak di bumi nyata:

Yaya akan terus bersama Kamal dan sedaya upaya menjaga Kamal yang bakal sakit tenat sebab Diabetesnya. Apatah lagi bila si Fiona yang cemburu buta (dengan ayah sendiri pun cemburu... memang selfish gilos) itu telah mati dibunuh Muiz (guardian angel Yaya). Yaya juga akan melahirkan zuriat buat Kamal dan mereka rujuk kembali la.. (sebab semalam Kamal dah ceraikan Yaya). Tapi, Kamal makin lama makin makan hati sebab dia tau Yaya tak cintakan dia sebaliknya cintakan Ilyas....

Analisis/tekaan ku sepuluh tahun dulu (yang senantiasa di alam romantik khayalan ;p)

Yaya masih mahukan Kamal out of her duty sebagai wife Kamal tapi Kamal berkorban demi kebahagiaan Yaya yang sebenarnya cintakan Ilyas. So, Yaya akan besarkan anak Kamal dan hidup bahagia dengan Ilyas... Ilyas pula menjadi hero dengan mengambil anak Si Fiona (curang) dan menjaga baby itu. So, jadikla mereka sekeluarga keluarga enampuluhsembilan. Tapi, diorang tak kesahpun sebab diorg dah duduk kat UK kan... tak siapa pedulik mereka berempat.... Kamal? eh, tertinggal pulak. Kamal.... err, kira dia meninggal la sebab Diabetes sebab dia taknak ikut cakap doktor suruh potong kaki instead dia lepak2 lagi..... ;p (kata dalam alam romantik.. semuanya indah...)


So, sekian sahajalah analisis ku untuk cerita ini. Jom tengok petang ni apa jadik kat Soffiyya ye....
Jam 7-8mlm kat tv3 tau kengkawan...... jangan lupa!

November 07, 2011

Kisah Survival Budak 3 tahun..

Kisah ini baru je terjadi bulan Oktober lepas....

Seorang budak berumur 3 tahun menenangkan dirinya dengan teddy bear bernama 'Possum' dan makan makanan lebihan dalam peti ais dan minum susu selama 2 hari selepas ibunya tak bangun-bangun. Shylah Silberry hanya berkata, "Mak tak nak bangun..." Ibunya disahkan meninggal mengejut.

Petikan Berita:


WELLINGTON, New Zealand (AP) — A 3-year-old girl comforted herself with her favorite toy and ate cheese, leftover lasagna and milk for two days after her mother died unexpectedly in their New Zealand home.
The girl's uncle, Pete Silbery, told The Associated Press on Friday that Shylah Silbery managed to open the fridge and comfort herself with a teddy bear named "Possum" after Lauren Silbery, 28, died.
The family last spoke to Lauren Silbery on Oct. 19, he said. Two days later, they were worried enough to call a friend who lived near her Wellington home. The friend could see the girl inside the home, but not the mother, prompting the family to call police, Pete Silbery said.
Police coaxed Shylah to drag a coffee table to the door so she could reach the lock and unlock the door, before she told them, "Mummy won't wake up," Silbery said.
"I can only imagine her in there for that long, trying to wake Mum up as well," he said.
Shylah spent several days in a hospital recovering from dehydration and diaper rash.
"She's doing OK now. She's still bubbly," he said. "When we lowered the coffin into the grave at the cemetery, though, she pointed at it and said 'Mummy's in there.' It was pretty heartbreaking."
Authorities are awaiting the results of an autopsy but don't believe Lauren Silbery's death was suspicious, Wellington police spokesman Victoria Davis said.

November 06, 2011

AidilAdha

Salam Aidiladha semua.....



Kali ni raya tak disambut... bukan niat taknak sambut raya..
Tapi, food poisoning plus demam.

Seingat-ingatku, takpenah la muntah sebegini banyak...
Bagus juga muntah ye... bakteria2 jahat dalam badan tu dikeluarkan balik...
Itu cerita malam semalam...

Pastu hari ni, ok sikit... cuma demam aje.. sakit seluruh sendi-sendi ni.
Demam ni takde la tinggi sangat suhunya.. hanya 38.4C je...

So, boleh lagi la jalan2 kejap.. tapi berpusing jugak kepala ni..
Dalam kepala ni, banyak aje kerja2 yang perlu dibereskan.. sambil baring-baring pun boleh fikir kerja...

Dugaan betullah bila kerja demand our full attention but ade pula dugaan....
Sabar je la...


November 03, 2011

Lagi Pasal Pemakanan Ibu yang Menyusu....

Sumber-sumber dipetik dari bacaan di link ini....


  • You need about 500 calories a day more than your prepregnancy intake if you breastfeed your baby.
  • include extra protein for milk production, more calcium- and vitamin-rich foods, and more fluids than your normal diet.
  • Continue to take your prenatal vitamins (unless your doctor tells you otherwise).
  • Eat a varied, balanced, good-quality diet.
  • Pay special attention to fluids; drink enough to quench your thirst. Many moms drink a tall glass of milk or water while nursing.

Foods to avoid:

  • Avoid junk foods and empty calories.
  • those that contain food additives and dyes, certain gas-producing foods (such as broccoli, cabbage, and beans), eggs, nuts, tomatoes, shellfish, chocolate, corn, strawberries, citrus fruits, onion, garlic, and some spices. To decide if a particular food upsets your baby, eliminate that single food from your diet and see if the symptoms disappear.
  • Do not consume food in very large amounts, this may cause problems for a breast-fed baby. A half gallon of apple juice or orange juice, very large amounts of fruit, a whole jar of peanuts, or any other food consumed in unusually large quantities may cause your baby to have diarrhea or gas.
  • Caffeine passes into breast milk and may cause your baby to have an upset stomach and be irritable
  • Almost every drug or medication makes its way into breast milk. Some medications appear to have no harmful effects on your baby, while others are most certainly not safe. Talk with your pharmacist or your child's doctor before you take any prescribed or over-the-counter medications-be sure the medications pose no problems for your baby.

React positively to toddlers' behaviour

Jom baca pasal parenting .... artikel dipetik dari TheStar.com.my


****************************************************************************************


CHILDWISE
By RUTH LIEW
We often focus on what children cannot do rather than what they can do.

With toddlers and preschoolers, their limitations become magnified when they are compared to their older peers. We cannot marvel at their capabilities when we make such comparisons, and it affects our responses to their efforts.

Take a 14-month-old who is still working on his hand grip. He does not differentiate between edible and non-edible objects. When he is given a piece of bread in the same way he is offered a small ball, he will throw it down after picking it up. This is his obvious reaction.

When toddlers are engaged in typical behaviours, such as climbing up a table, running away, grabbing a toy, yelling in protest, how can we not view these behaviours negatively? 

We would say: “He is so stubborn,” or “She is really mischievous.” We would try to change these behaviours immediately. Before we start our usual responses, we must first change our mindset. Go for one that is of curiosity and focus on the child’s mind.

You may be able to offer the right kind of guidance when you stop to ponder on how your actions will affect his learning.

Your toddler gets a little aggressive with his young friend. Instead of chiding him, you may say to him: “You want to play with your friend, let me show you how you can be nice so that he will play with you.”

When your child refuses to co-operate and eat his dinner, respectfully let him leave the dining table. You can see him as a two-year-old who is longing for some control rather than one who is defiant. He may want his dinner later when he is hungry. << done!

Children see and hear things differently from adults. They do not make the same interpretations as they lack experience and maturity. They are curious as to how things work. They explore with their senses. Putting things in their mouth and throwing them down are what they do to discover the world around them.

For the above purpose, place objects that are washed and clean for your child and remove all breakable items. As he grows older, you will tell him and show him that certain things need careful handling.

Parents tend to prevent toddlers from getting near household activities like cooking, washing and sorting the laundry. But these are things that intrigue young kids, who want to be part of the family and do the same work. Try allocating simple tasks that your toddler can manage while you are doing the chores.

When he makes a mess eating with his fingers, give him the pleasure of cleaning up after himself. Of course, you can do it faster and cleaner but he enjoys it more. Be patient and give him the right tools to do the work. A child-size cleaning towel or a hand brush and pan. A small pail of soapy water that is only half-filled. Allow enough time for him to finish the job by himself. <<--- slalu je nak tolong basuhkan tangan syabil... cepat sket.. heh

Trust your child to carry out the task on his own without help. That is, if you have shown him how to do it beforehand. Refrain from grabbing the cleaning sponge from him. Your child will learn to give up when he cannot complete a task independently. Your action will only reinforce the notion that he is incapable without help. << must bear in mind nih... otherwise syabil jadi dependent.....

Send your child a positive message. Allow him to finish his task until he is completely satisfied and is proud of his achievement. He will grow to appreciate the effort he puts into his activities.

If you are challenged by your toddler’s curiosity and active exploration, make a list of behaviours that you tend to react negatively to. Write down also positive responses that you should work on. << checklist yang akan dibuat... (emm, baiklah)

As you practise these reactions with your toddler, you will observe clearly your child’s intentions and begin to understand him better. 

November 02, 2011

Gelagat Syabil


Syabil setahun yang lepas (Nov 2010: 1 tahun 6 bulan)



9 bulan yang lepas ( Feb 2011 : 1 tahun 9 bulan)


5 bulan yang lepas (Jun 2011 : 2 tahun sebulan)


Wordless Wednesday #1

Hujan-hujan ni best pekena cucur bilis.... 



November 01, 2011

Satu sebelas sebelas


1.11.11

Nak jugak abadikan tarikh best nih kat blog.... hehehe...
best kan tarikh ni?


agak2 berapa ramai lagi ye yang kawin/nikah/tunang ari ni ye?
yang pastinya baby yg lahir hari ni ada yang wakil malaysia untuk penduduk dunia 7bilion...
kecik-kecik dah wakil malaysia..... :)

yang pastinya, ku tiada peristiwa yang penting untuk mengabadikan tarikh ini...

susu Rania yang berjaya diperah: 11.5 oz (i've done better...)
jadual harianku di sekolah: hectic... (macam biasa)
beratku: sama aja seperti semalam.... ;p (hehehehe)


tarikh-tarikh lain yang best:

11.11.11
20.11.2011

mesti ramai yang chop tarikh-tarikh ni... duapuluh hb tu hari ahad.. lagi la ramai buat kenduri nak abadikan tarikh tu.... mak andam pun tak menang tangan.. :)





October 31, 2011

Kepuasan

Seronok betul cuti ye...
Memang kalau bercuti, dan gaji berbayar rasa sangat bahagia...
dan alangkah nikmatnya kalau tak perlu lagi bekerja......

betulke?

Ataupun, kita-kita working mums ni yang dah terbiasa dengan kerja, stress kerja dan keributan jadual harian akan merasa kehilangan? Kehilangan stress yang positif.. yang membina diri dan yang menjadikan kita adalah kita...

Nikmat bekerja ni satu macam.. bila kita achieve doing something, we'll feel great.. puas dengan diri sendiri...
Ku memang setakat ni masih meng'kategori'kan diri seorang yang workalcholic... yang mendambakan kepuasan diri dan ingin terus tingkatkan kejayaan dan kemajuan diri... (cewahh)

Seperti juga ku rindukan berjogging.... bila darah terasa dipam2 ke kepala... peluh mengalir laju.... (termengah-mengah... hihihihi)
Rindu juga dengan kepuasan semasa belajar.... pergi ke perpustakaan... menelek2 buku... membaca dan meneliti fakta.... Seronok.....


So, adakah anda seronok dengan kerja anda? atau menunggu masa aje nak 'chow' dari opis?

October 21, 2011

Gambo kawin anak

charnita - the bride


all the dayangs with hantaran



the procession

sirih junjung heads the hantaran


the kompang accompanying the procession


the bride go to the bridegroom

happily wedded couple ;p


the silat for the king and queen of the day


the couple with their bride's maid and best man

they are very cute, kan? 



Keje Kawin Express

Alhamdulillah....

Semalam, big project dah selamat dan selesai....

Pameran Malay Wedding Traditions siap ngan berarak bagai dah pengantin2 ku dah selesai..
Kira jadi mak pengantin lah ni... :)

Masuk keje 17hb... dah ada big project macam ni.. memang tak menang tanganlah....
Mak2 pengantin lain ambil masa sebulan dua jugak nak buat kerja kawin nih..

Hah, daku nih ambik masa 2 hari je buat preparation bagai.. adehhh...
First day lagik dah rasa nak tercabut kaki ke sana ke mari dan naik tangga turun tangga...
Masuk second day.. dah rasa nak muntah, muntah dan muntah.....
hantaran mana... buahlah, keklah, kasutmasutlah....
dulangnya.. bungarampai, sirehmireh, tepak sirih....
aduh....

Kebetulan semalam masa orang lain dok sibuk2 di bawah berkompang, bersilat dan bersanding....
Ku di atas sibuk berdebar2 dan kumatkamit mulut berdoa agar presentationku berjalan lancar...

Bila abis aje present, whoooooshhhh!!!
Rasa lega yg tak dapat digambarkan.....
Dan ku tau, di bawah, pengantin2ku yang diarak dan disanding berjalan seperti dirancang.... :D


Syukur ku ada team yang best dan willing to commit... thanks Kak Aisy n Safa... Hari ni kita enjoy!!






* kita kenalah appreciate diri sendiri bila a job excellently done, kan?

p/s: gambar2 keje kawin akan menyusul.... mintak kat students ku dulu ye.....

October 17, 2011

TujuhBelasOktober

Ada apa dengan hari ini?





Officially, ku masuk keje hari ni....
jam 7.20 dah berpeluh-peluh, terkedek2 ke sana dan ke sini...
Naik tangga, turun tangga... masuk opis, keluar ke makmal...
Masuk kelas, keluar kelas....

Dapat makan roti pun dah cukup... air hanya 1.5liter...
Tak cukup.. haus, haus... panas, panas....

Miting kejap jam 9.15pagi...
Sesi pemerahan hanya bermula jam 10.45pagi.. itu aje masa yg sempat.
Dapat 7oz.. Alhamdulillah....
Itu aje masa yang free sebelum start jam 11.10...
haus,haus....
skarang, curi-curi masa sebelum berjumpa kembali pelajar2 sampai jam 2...

Pack!Pack!... sangat bz....



Buzzzzzzzzz off..................................................

October 16, 2011

Rindu.............

Seminggu berada di luar kawasan... (heh)

Rasa rindu pada blogku ini... Rindu nak menulis.. Rindu nak berceloteh.. (walaupun takde sangat pun yang baca...)
Rindu juga nak berblogwalking.... rasa cam tak cukup aje.... macam2 juga nak dikongsikan...


Ke mana ku menghilang? Cuti-cuti Malaysia... hehhehhehe...

Almaklumlah, en. Asben dah balik bercuti, jadi ku ambil peluangla ikut roda-roda kereta berpusing...
Pergi lawat dan ziarah.. pergi makan2... pergi jalan2....

Seronok ye bila dapat jenjalan.. dapat tau tempat baru, dapat kenal tempat tu.... dapat nikmati keindahan yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa...


Sg. Palas Tea Plantation a.k.a Boh Estate

October 11, 2011

Tidurlah Wahai Anakku


Tidurlah, tidur.....
Pejamkan lah matamu sayang
Tidurlah anakku sayang...


*mode mengantuk sambil layan anak bujang Syabil
 yang tengah menjegil biji mata melayan 'te bin' a.k.a mr. bean buat kali ke berapa entahnya...
hmmm.... agak-agak dia nak celebrate tak bila dah tengok kali ke 100 ke....

*jom layan lagu Faizal Tahir ni...


October 10, 2011

Entri Cepat

Masa begitu mencemburui diriku ini... 
Entry cepat sahaja yang terdaya

Skarang tengah bersiap nak pergi kejar serigala jahat yang ku cakap2 kan last week...
Moga dapatle banyak2 kendong buku2 yang best.. hihihihhi...

Cepat, cepat, cepat!!!

October 07, 2011

Oh, jahatnya serigala itu.....



7 - 16 Oktober......

huhuhu, jahatkan wolf ni.. nak mengepau duit poketku..

membeli buku-buku dan buku...

oh, terujanya aku

rm3, rm5, rm8 setiap satu...

kau tunggu daku,

ku datang dalam jam satu..

:p

mau beli yang itu, itu dan itu....!!!


October 06, 2011

Hadiah Kahwin Untuk Kawan

Skarang dah bulan sepuluh kan? Tentu korang2 dah banyak undangan walimatulurus untuk dipenuhi nak2 dah hujung2 tahun macam ni..


Aci tak letak gambo kawin sendiri?? .. hihihi....

So, bila dah macam ni mesti pening kan nak fikir hadiah kahwin nak bagi kat pengantin. Sama la dengan ku ini. Walaupun dah makin kurang undangan kawin ngan teman terdekat.... tapi masih ada. So, setiap kali terima walimatulurus aje ku dah fenin2 dok pikir hadiah kawin. Yang terdekat ni la, kawin kawan sekerja 17hb ni.

Memula memangla kene tengok bajet dulu. Poket besar time tu, rezeki pengantin la dapat hadiah best.

So, ape yang dikatakan hadiah best ngan tak best? Sangat subjektif kan? Taste setiap orang berbeza, so maybe hadiah yang kita bagi tu tak menepati citarasa perut pengantin tu..


Meh ku share hadiah kahwin yang sentiasa aje jadi pilihan
(dr observation ku la....ku ada 8 makcik. so, 8 majlis tau.. tu tak masuk majlis ku dan adikku.... ;p)


1. set gelas atau cawan - selalunya satu set ada 6 biji tu... bonus kalau dapat skali ngan jag air.. Meamang confirm la ada 2,3 set pengantin tu akan dapat...

2. periuk nasi - ha, yang ni pun memang feverett ni.. Maklumlah, pengantin kan nak mula hidup bersama... so, kalau dapat periuk nasi ni pun saiz sama aje.. saiz s ... hihihihi

3. frame gambar / album - selalu jugak ku tengok ada yang bagi hadiah ni.. rasional: senang nak letak gambo2 kawin/anak/keluarga... errr ke skarang dah jarang2? yekla, sekarang kan digital aje gambonye, kan?

4. set pinggan mangkuk - pun.... ramai gak yang pilih hadiah ni. tapi lebih mahal kan....

5. blender - murah aje nak beli untuk member...

6. seterika - haa.. yg ni pun ade la beberapa set gak kalau dalam satu majlis....


Hadiah yang agak2 jarang dipilih

1. duit - yang ni la best... jarang ke orang pilih yang ni? eh, bagi duit kat pengantin la... bukan yang salam kaut ngan mak/pak pengantin tu....

2.  toto a.k.a comforter - yang ni jarang sket orang nak bagi.. yekla, comforter cikai pun harga nya seratus lebih gak.. takkan nak bagi kat member kamceng yang cikai2 kan?

3. tupperware sets - ha, bagus tau kalau dapat yang ni sebab berguna... bolehla tapau makanan utk suami

4. voucher - bolehla pengantin tu beli apa yang dia perlu.. takle jadik dapat 2,3 set hadiah yang sama kan? bole bagi voucher ikea ke.. parkson ke... banyak aje kan....

5. set sudu garpu - ramai gak terlepas pandang pasal kepentingan sudugarpu ni...

6. set pisau - ha, boleh jugak beli set pisau.. nape set pisau? yekla, nak potong bawang pakai pisau lain... siang ikan pisau lain.. potong roti pisau lain plak...

7. lesung batu - hahhaha, betul, perlu la... lesung batu ni nak tumbuk2 cili buat sambal belacan tu.. tp, beratla sikit nak bawak.. nak2 yg kene jalan sebatu dari kereta ke khemah makan... ;p

8. buku pasal suami isteri - sebagai panduan orang baru bina masjid kan... :)

9. hair dryer - yang ni penting tau... nak2 yg berambut panjang.. lepas mandi kena la keringkan rambut.. kalau dok ngan mentua or even mak sendiri tu... takkan rambut basah2 nak keluar ke dapur... nanti  terbongkar la rahsia.. malu woooo... ;p

10. baju tido seksi - best tau beli yang ni...hihihi... ;p.. make sure korang dapat agak la saiz yang sesuai untuk pengantin pompuan tu ye....



So, nak bagi hadiah ape ni ye..?? Korang nak tambah??

October 05, 2011

Masakan tak sedap?

Heee..

Ni perihal masakan.. entry yang julung2 kali ku buat.. Maklumlah.. memasak pun julung2 kali ajerr... hihihi...

Masak- memasak ni memang ku suka sebenarnya.. tapi ada angin dan pasang surutnya lah.. Ku dok ngan mak ni, agak jarang-jarang sket masak..;p

Malam ni ku masak spesel.... Ikan Siakap Sweet Sour dan Sayur Campur Goreng. Juadah feverett sebab senang nak buat.. hehhehe..


gambar pinjaman sahaja.. ;p

Kalau ayah, stailnye akan ngomel aje ape yang tak sedap.. yang sedap akan dipuji2 juga... so, bolehla belajar dari satu masakan ke satu masakan yang lain. :)

Tapi, kalau en. Asbenn makan kan.. takde la dia nak komen sedap ke tidak.. masin ke? masam ke? Tengok muka.. biasa aje.... kicap dan sos cili  takkan dilupa.... ;p

So, agak2 itu petanda makanan tak sedap ke? kurang cili? tak cukup masam? tawar?



Rawatan Sengkak


Banyak cerita yg dikongsikan bersama bila diri ni dok diurut....

Cerita 1: Rezeki

Ada seorang pompuan ni, kita bagi nama A la. A ni dok kat area KL.. so, jauhla dari Kuantan ni.. 8 tahun berkahwin tak dapat anak..  So, after direkemen oleh kawannya, dia datang berurut ngan Kak Yah ni. Dia berurut seminggu. Dan... makan ubat herba tradisional dibuat oleh Kak Yah sendiri.. Selepas 2 bulan makan ubat.. bulan ketiga dia mengandung..... Sekarang dia tengah mengandung anak kedua pula (lepas bersalin, dia datang berurut semula.....). Mesti si A tu suka sangat bila usaha dia datang jauh2 berurut membuahkan hasil...


Cerita 2: Sengkak

Sengkak ni macam naikkan peranakan tapi lebih serius dan bahaya sebab bidan tu akan tolak jauh ke dalam dan ke belakang. Di samping itu, bidan ada bacaannya bila buat sengkak ni. So, Kak Yah tu cakap, sesiapa yang tak nak anak dah bolehla buat macam ni. Tapi, nak buka balik sengkak ni, kena bidan yang sama.... Kalau bidan tu dah meninggal dunia cemana?
Ini yang aku dengar sendiri la dari Kak Yah tu..... Ada sorang Cik Kiah ni dari Johor, datang berurut ngan dia sebab nak anak kedua.. Anak sulung dah dekat 10 tahun.. So, terkedu la Cik Kiah ni bila Kak Yah tu cakap sengkak ni memang orang yang sama kena buka sengkak dia... Memang takbley buat ape dah....




So, korang perasan tak kalau tukang urut ni... memang selalunya banyak aje celotehnya. Kenapa? Sebab dia takut tertidur masa urut tu... Almaklumlah... banyak tempat nak cover (urut...) jadi, membosankanlah.... ;p


October 04, 2011

Bajet 2012

Uwahhh... ku masih ingat ku pernah buat entri pasal Bajet 2010 dulu....

Hmmm... Agak2 apa yang akan dipersembahkan oleh kerajaan tahun ni ye?

Kenaikan Gaji? - Bagiku tak penting... Sebab, ape guna gaji naik sampai sejuta pun kalau beras sekampit pun harganya setengah juta... Bak kata en. asbennn, duit ni mainan angka aje... duit berkepuk2 kalau dapat beli beras hanya sekilo... tak kaya namanya.. tak mewah, tak banyak duit......

Bonus? - pun sama.. nanti harga barang naik lagi.. bosannn


   = 

Bajet  memenangi hati rakyat = bajet yang buat BN menang 

Bajet 2012 sepatutnya ada:

1. pemberian lebih banyak biasiswa utk pelajar

2. peruntukan untuk membantu rakyat menangkis kos sara hidup yang meningkat

3. kurangkan monopoli - barula harga ada saingan dan pengguna yg dapat untung

4. harga rumah - patutnya dikurangkan.. kerajaan kawal aje bahan pembinaan dan lain2 tu.. baru la harga tak meningkat sebab spekulasi manjang.....(aci tak kalau soh pemaju ni kurangkan keuntungan mereka ;p)

5.  broadband patutnya lagik murah - tak la jadik macam mexxisss ni.. cekik darah!

6. luaskan lagi prasarana broadbend....online... untuk rakyat.. bukan kat Klang Valley aje... (cian kami2 yang dok bukan kat Klang Valley nih)

7. baiki la mutu pengangkutan awam... walk the talk la... barula rakyat ada konfiden ngan gomenn.. asyik2 kata ada peruntukan buat itu, ini... tapi senyap aje

8. banyakkan lagi insentif untuk pertanian - baarula kita ada makanan sendiri

9. kurangkan faedah pinjaman di bank2 yg sangat mencekik darah nih

10. ha.. koranglah pulak bagi cadangan nak ape bajet 2012 ni....

hehheheh

Stok Susu untuk Rania

Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal stok susu ni... dan juga BF journey Rania Chapter...

Tapi, takde mood sebab takde kemererrr... (aci tak? ;p)

Gambar pinjaman *huhuhuhu*

Hmm... takpela..... yang penting susu dan bekalan susu untuk Rania, Alhamdulillah.. lebih daripada cukup.

Sepanjang September ni tak pernah lagi culas nak mengepam.. cuma, memang ku mengepam ikut sedap badan.. dan jugak ikut Rania la... sebab direct feed lebih daripada mengepam. Makna nya, tak ikut masa pun. Sempat, ku mengepam.. tak sempat atau penat sangat.. memang tak dapatlah.

Latihan untuk Rania pun dah masuk minggu kedua. So far, Rania is Rania. Kalau tak duduk dekat ngan dia, bisinglah dia.... Minum susu yang dibekalkan pun.. banyak jugak.

Hari Jumaat lepas, 7 jam setengah dok umah mak dia.... Rania minum 3+3+3+2 oz = 11 oz!! banyak tu.... Selang sejam setengah, abis sebotol.. hehehhe.. Rania, Rania....

Ntahla, bila direct feeding ni ku tak terasa sangat kuantiti susu yang Rania minum.. bila disukat2 dalam botol.. haa..... banyak betul anak dara ku ini minum rupenye....

Takpela Rania.. tengah rezeki melimpah ruah macam ni, Mama syukur sangat sayang.. Alhamdulillah....

So, bila dah tutup buku untuk September ari tu, dapatlah ku kumpul 278oz....
Dicampur pulak EBM Ogos, 102oz... Meriah juga ye...

p/s: bangga dengan diri sendiri atas pencapaian dan peningkatan stok.... (lantaklah orang nak cakap ape.. janji ku happy..;p)

p/p/s: mula memasang angan nak beli deep freezer.... tapi kene tunjuk bukti dulu kat en. asbennn... skang petisejukku dah 2/3 full.....

Jom Tambah Trafik Blog!




Testing untuk join segmen senang. :)
Klik la banner dan tambahkan trafik ke blog korang!

October 03, 2011

Urut - sakit ke best?

semalam ku pergi urut badan... ala, sebab yang INI...

Nape, best sangat ke urut ni?
research has shown that the benefits of massage include pain relief, reduced trait anxiety and depression, and temporarily reduced blood pressure, heart rate, and state of anxiety - dipetik dari Puan Wikipedia (aje)
So, terbukti la kan kelebihan urut-murut ni...

TAPI,
adehhh.. sakit woooo pi urut ni. Kalau yang pi SPA tu.. memanglah tak sakit pun..

1,2,3,4, lurut...... 1,2,3,picit.... 1,2,3,4, tenyeh......Nama pun SPA.. tempat manjakan diri..

kalau tengah sakit-sakit ni, jangan haraplah SPA tu boleh urut nak ilangkan sakit.. Baik pergi ke akupuntur   refleksologi....

Ok, back to the topic....
Ku pergi urut semalam tu (sebenarnya Jumaat lepas, heheheh, entri masuk deraff, writer's block ;p) sampai biru2 n ungu2 lenganku .... huhuhhu....Sakit!!

Syabil plak bila cakap sakit lagi nye dia ndak tenyeh/cuit/tekan/tumbuk?? mama dia. huhuhuh.. memang meraung la.. sakit!!

Nampak tak sengih best tu? hmm.. heaven!!


Hari ni plak ari kedua ku pergi urut.. best! 3 orang skali urut diriku ini. haaa ambik ngkau!!
Dia urut pun dah tak sesakit yg first.. agaknye angin dah kurang...

Urutan ku ini serampang dua mata.. satu memanglah sebab sakit2 badan tu...
satu lagi sebab ialah kerna ku nak naikkan peranakan ku ini.. Bagi 'masuk rumah' bak kata Kak Yah Bidan tu.

Lepas urut-murut ku ini selesai.. sambung lak ngan stim ala tradisional. memang tradisional sungguhla..
Lepas dia didihkan air campuran herba tu, dia tuang dlm bekas n letak bawah kerusi. then, dibungkusnye badan ku ini dengan toto. TOTO tu... memang first time lah. hehehhe..

Tapi, best. tapi, superb. memang menitik-nitik la peluh keluar... macam berjoging 20 minit... lepas abis, badan terasa ringan aje... bestnyer la...

Ha, sape2 yang terasa nak berurut ngan kak Yah bidan ni.. bolehla beritau ku...






p/s: nak tau kenapa dipanggil Kak Yah? bukan Ibu Yah ke or Makcik Yah? Sebab bidan ni vogue de vass gitu.. Body mantoppp aje.. Naik malu ku dibuatnya.... Kalau korang bole makan makjun cam makan cokelat Ferero Rocherrrrr tu dapatla body macam dia.. memang macam anak dara kau.. tak sangka umur dia dah cecah 50an...

p/p/s: esok pi skali lagi... lalallalaalla.....

Kisah steril sampai takde kuman..


 Ini dipetik dari satu website,
Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 




So, korang ada idea nak sterilkan 'b' cemana? Bolehla bagi pandangan....


October 02, 2011

Blank





Have you guys have this writer's block?

It happens to me. Every time I started typing, I just can't get through.

So, there goes. Hoping my ideas will flow better next time. :(

September 30, 2011

Welcome to the Club!!

Malam semalam bestfren ku, Doc Farah ajak join a club, dalam hatiku berkata-kata 'bukanke aku dah join ke kelab kawan-kawan dia tu? kan ke bestfren aku ?'

Doc: Ko join la Leen. Gerenti ko akan berjaya.. aku tau ko ada potensi berjaya kalau ko join.
Daku: hermm.. betul eh?
Doc: Iye.. aku akan jadi buddy ko.. aku akan monitor ko. ko ikut je panduan aku n ko akan diberi satu fail la. Dalam enam bulan, gerenti ko berjaya.
Daku: huhuhhu.. iye la.. aku akan join.
Doc: Great! Esok ko datang klinik aku n call le bila sampai.
Daku: (dengan lemah menyahut) iye la.....

Kelab ape?



KELAB OBESITI!!!!


UWAAAAAAAAAA............!!!!


Sebelum letak fon, Doc Farah menambah,
"Leen, jangan risau.. ko belum obes lagi.. ko overweight jerr... Takpe, esok ko datang klinik kita check BMI ko n everything la.. See ya!



UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!



September 28, 2011

Parking... Parking...

Parking kereta... Kereta yang diparking...



Fenomena biasa kat hospital gomen nih.... kereta sesuka hati aje parking.. selagi ada bahu jalan, selagi tu la di park kan kereta tu...

Ku tak salahkan pemandu keta ni dan juga pengunjung hospital...
Boleh tak put the blame on JKR? hahhaha.. nape JKR?

Yekla, diorg patutnye rancang bebetul parking keta ni...
skang ni makin lama makin ramai orang sakit.. jadinye, lebih ramai la orang nak melawat orang yang sakit, kan?

So, seperti yg disuggestkan (bahasa!!) oleh en. asben....
"buatla parking bertingkat... doc pun senang nak parking... visitors pun lagi senang...."

Hospital kan agak terhad tempatnya, jadi, awal2 pembikinan tu sepatutnya dah buat dah parking bertingkat, untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai juga... tak gitu? ape kate anda?

p/s: parking dalam bm ape ye???

BF-mommies Blog Review #1



Okay, we have to start somewhere, right?

Ku mulakan dengan Ourkizuna.blogspot.com sebab Cik Rai ni orang yang first bagi add dia.... :)

Ourkizuna
Header n tajuk blog 


Dah lupa dah cemane bole terjebak ngan Cik Rai yang vocal ni... blogwalking kot.. hmmm.. Tp, everyday pun stakat ni tak penah miss lagik menjenguk ke blog Ourkizuna ni.... Cik Rai ni sangat rajin mengupdate entry baru even dari email dia.. :)


Apa yang daku suka/ best pasal blog ni:

1. Layout dia...simple aje...white font on black background... takde widget-widget dan aksesori yang menyaratkan dan memberatkan server.. so, cepat aje loading.

2. Ada few bloglists. Ku kira senang untuk diri Cik Rai sendiri nak baca blog kengkawan.. dan mudahkan pembaca juga...PLUS, tolong kengkawan dengan promote entri baru mereka...

3. Cik Rai ni terer bab-bab medical terms ni.. Salut kat dia lahhh.... Ha, btw, dah ingat dah cemane ley terjebak ngan Cik Rai Ourkizuna ni.... dengan pertolongan enche' Google.. ku taip Hep B dan keluarlah Ourkizuna.... So, kiranya Hep B lah pengikat kasih kami berdua, hehhehhe....

4. Ada scroll button untuk archive Cik Rai.. so, ini sangat2 membantu kita nak baca dari bulan mana yang kita ndak...

5. Cik Rai kita ni ada jugak citer pasal BF journey dia... kena la baca sendiri, baru ada feel... tp, banyak lagik pasal BF ni dia share kat blog yang lagi satu iaitu  Penyusuan Susu Ibu




So, sekian sahaja review blog mama ku ini... Errr, Cik Rai? ape pendapat anda?


Homework Ahead

Nape la tak tido lagi ni...






dari encik Google



hihihi... ku kan telah memberi diri sendiri homework...... ;p
jadinya, sambil memerah sambil la study blog2 yang akan direview...
... sabar ye kengkawan.... 



p/s:
* masih mencari-cari ayat yg sesuai untuk bercakap ngan mak dia.... Esok dahla nak anto Syabil n Rania sekaligus.... aisehhhhh....
*ade jugak rasa macam tanakk anto langsung dah anak-anakku.. tp, ku tau itu bukanlah penyelesaiannya...
aisehhhhh.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...