Pages

September 24, 2011

Pemakanan Ibu Menyusu

Penjagaan pemakanan seorang ibu yang menyusukan anaknya sangat penting. Makanan yang dimakan akan mempengaruhi rasa susu, kualiti susu dan juga kuantiti susu ibu itu.

Rasa Susu

Anak yang menyusu dapat merasa setiap makanan yang dimakan oleh ibunya. Rasa manis, masam, pahit, pedas semuanya sudah dapat dirasai anak apabila menyusu. Jika ibu makan buah betik hari ini, susu akan rasa buah betiklah. Kalau makan durian.. pun boleh rasa durian. Itulah sebabnya, ibu-ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanannya. Bukanlah bermakna kita langsung tidak boleh makan makanan rapu (contohnya mi segera) atau berpantang makanan.. tapi, pengambilan perlulah sederhana aja...


Kualiti Susu

Pemakanan ibu yang seimbang dapat menjamin kualiti susu ibu itu. Mesti dah muak kan dengar makan makanan yang seimbang ni? Tapi, memang betulla. Makan makanan yang berkhasiat akan membuatkan ibu akan sihat. Bila ibu sihat walafiat, kualiti susu pun tidak akan terjejas. Sebenarnya, kalau ada juga ibu-ibu yang agak culas nak makan sayur atau kurang makan buah atau lain-lain makanan yang berkhasiat, susu ibu itu adalah lebih berkhasiat dari susu formula. Ibu kan nak yang terbaik buat anaknya? Cubalah untuk kurangkan makanan-makanan rapu dan tidak sihat.




Penghasilan susu ibu adalah dari 2 sumber iaitu makanan ibu itu dan juga dari ibu itu sendiri. Jika ibu tidak makan makanan yang berkhasiat, susu akan mengambil zat daripada ibu itu. Bila ini berlaku, ibu akan lebih mudah jatuh sakit dan seterusnya mengganggu pengeluaran susu ibu itu sendiri. Bayangkan saja badan ibu seperti kilang. (memang pun, ;) kilang susu) Jika kilang tak dapat sumber atau material yang berkualiti, tentunya barang yang dikeluarkan juga tak berkualiti kan?

Susu ibu hanya akan tidak berkhasiat dalam kes-kes malnutrition yang keterlaluan seperti di negara-negara Afrika itu..... So, InsyaAllah susu kita masih berkhasiat... :)


Kuantiti Susu

Pengeluaran susu ibu secara umumnya tidaklah terjejas dek pemakanan ibu. Namun,kadang-kadang kadar pengambilan makanan dan air boleh mempengaruhi kuantiti susu ibu. Contohnya, bila bulan Ramadhan, ramai ibu akan mengalami kemeruduman susu. Ini kerana mungkin badan kita mengalami dehidrasi. Ramai, bukan semua. Sebab, ada juga ibu yang mengalami pertambahan susu sebab badannya menerima nutrisi yang cukup. Minum air yang banyak waktu malam... dan pengambilan makanan yang berkhasiat. Jadi, kita perlulah seimbangkan pengambilan makanan kita supaya kuantiti susu tetap sama. 


Ada juga jenis makanan dan herba yang dapat menambah susu.. herba ini dipanggil Galactagogue.. Pengambilan penambah susu ini memang terbukti berdasarkan kajian dan juga pengalaman.. Tapi, next time la ye kita citer-citer pasal ni ye...



Yang paling penting,

 Kalau ibu kerap menyusu, anak menyusu secara efektif dan memerah susu secara konsisten, pengeluaran susu tisak terjejas. Malah, susu mungkin bertambah.

PENGHASILAN SUSU= PENGOSONGAN (breast) YANG EFISYEN

 So, apa pula corak pemakanan anda? Mungkin boleh dikongsikan di sini?

P/s: Suka makan apa saja... Cuma kena beringat-ingat anak terima directly apa yang saya makan.. heheh.. So, kene kawallah... (boleh la jadi cantikk n selimm sebab asyik makan makanan berkhasiat aje.... hehheh)





7 comments:

  1. banyak jugak kelebihan susu ni..hmm penting, tapi suka susu pekat manis yang bergula tu .

    ReplyDelete
  2. aritu ada bincang pasal susu ibu & susu formula..huhu

    bgs entri ni sbgai panduan ibu2..


    Hello Mama WOnders hehe..thanks sudi tempek banner kurang comel tu :)

    dh add blog mama wonders dlm bloglist 25 Sutera :)

    keep in touch yeaa mama hehe

    ReplyDelete
  3. yang penting kena variasikan makanan yang dimakan supaya anak boleh rasa makanan yang berbeza.. :D

    ReplyDelete
  4. Broahmad,

    kene kurangkan gula.. nanti kaki kene potong! ;p

    ReplyDelete
  5. sutera kasih yan,
    terima kasih juga sudi dtg menjenguk blog persenel mak-mak ribena ni... :)

    ReplyDelete
  6. Rai,

    betul.. lepas ni nak makan eskrem, buah naga, nasi beriani, blablablabla.. (alasan nak makan banyak, ) hehhehhhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...