Sekarang daku tengah gigih berusaha untuk memerah susu supaya stok susu kembali meningkat. Maklumlah, tengah cuti ni agak culas dan m.a.l.a.s.s.s. sket. Kadang-kadang sudah sibuk melayan kerenah anak-anak sampai tertido dan tak terjaga tengah malam (ie: jam 1-2pagi) dan juga awal pagi (read: 5pagikk) untuk mengepam stok susu.
Rania sekarang kalau time jaga sangat banyak minum susu. Sebelah tak cukup, nak dibolotnya kedua-dua belah. Atau? adakah tanda-tanda susu dah berkurang? macam mana pun, syukur Alhamdulillah masih mampu mengeluarkan susu dengan izin-Nya.
Jadi, memang malam dan awal pagi sahaja waktu yang sesuai untuk sesi pengepaman. hmm.. Power pumping pun belum buat minggu ni.. Nak tak nak kena tingkatkan sesi PP ni.
Bila difikirkan tentang stok susu, bole buat ku kecut perut sambil mencongak-congak cukup ke tak stok sekembali bekerja nanti. Impian untuk exclusive bf Rania selama 6bulan hampir tercapai dengan tinggal berbaki kurang sebulan. Kalau tiada aral dan dah tertulis rezeki Rania, InsyaAllah.
Yang pastinya, waktu check-up Rania lima bulan, berat badan dia naik 200gm aje dari 5.6kg ke 5.8kg. Memang kurang kenaikannya, tapi still naik. So, tak risau sangat. Rania kena cucuk pelalian jugak. So, nurse tu tanyalah, dah ada ke ubat demam? Daku mengiakan aje. "Buat standby," sambung nurse tu. Then, yang bestnya bila nurse tu cakap, "oh, akak tak perlu risau. Jarang baby yang breastfeed demam bila kena cucuk". Syukur. Memang Rania setakat ni tak pernah demam lagi. :D
Target seterusnya pastilah nak teruskan ke penyusuan susu ibu sepenuhnya sampai setahun. Kemudian baru bole pasang impian untuk tahun kedua.
Pernah terbaca masa blogwalking dan forum di susuibu, pasal target2 ni....
6bulan: Sijil
Setahun: Diploma
Setahun 6 bulan: Ijazah
Lengkap Dua tahun: Phd
Kiranya daku baru je nak dapat sijil. Masih panjang perjalanan penyusuanku. Ya Allah, permudahkanlah urusan penyusuanku dan semoga Rania dimurahkan rezeki untuk terus menyusu sehingga ke tahap Phd. Amin.
No comments:
Post a Comment