Pages

September 30, 2011

Welcome to the Club!!

Malam semalam bestfren ku, Doc Farah ajak join a club, dalam hatiku berkata-kata 'bukanke aku dah join ke kelab kawan-kawan dia tu? kan ke bestfren aku ?'

Doc: Ko join la Leen. Gerenti ko akan berjaya.. aku tau ko ada potensi berjaya kalau ko join.
Daku: hermm.. betul eh?
Doc: Iye.. aku akan jadi buddy ko.. aku akan monitor ko. ko ikut je panduan aku n ko akan diberi satu fail la. Dalam enam bulan, gerenti ko berjaya.
Daku: huhuhhu.. iye la.. aku akan join.
Doc: Great! Esok ko datang klinik aku n call le bila sampai.
Daku: (dengan lemah menyahut) iye la.....

Kelab ape?



KELAB OBESITI!!!!


UWAAAAAAAAAA............!!!!


Sebelum letak fon, Doc Farah menambah,
"Leen, jangan risau.. ko belum obes lagi.. ko overweight jerr... Takpe, esok ko datang klinik kita check BMI ko n everything la.. See ya!



UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!



September 28, 2011

Parking... Parking...

Parking kereta... Kereta yang diparking...



Fenomena biasa kat hospital gomen nih.... kereta sesuka hati aje parking.. selagi ada bahu jalan, selagi tu la di park kan kereta tu...

Ku tak salahkan pemandu keta ni dan juga pengunjung hospital...
Boleh tak put the blame on JKR? hahhaha.. nape JKR?

Yekla, diorg patutnye rancang bebetul parking keta ni...
skang ni makin lama makin ramai orang sakit.. jadinye, lebih ramai la orang nak melawat orang yang sakit, kan?

So, seperti yg disuggestkan (bahasa!!) oleh en. asben....
"buatla parking bertingkat... doc pun senang nak parking... visitors pun lagi senang...."

Hospital kan agak terhad tempatnya, jadi, awal2 pembikinan tu sepatutnya dah buat dah parking bertingkat, untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai juga... tak gitu? ape kate anda?

p/s: parking dalam bm ape ye???

BF-mommies Blog Review #1



Okay, we have to start somewhere, right?

Ku mulakan dengan Ourkizuna.blogspot.com sebab Cik Rai ni orang yang first bagi add dia.... :)

Ourkizuna
Header n tajuk blog 


Dah lupa dah cemane bole terjebak ngan Cik Rai yang vocal ni... blogwalking kot.. hmmm.. Tp, everyday pun stakat ni tak penah miss lagik menjenguk ke blog Ourkizuna ni.... Cik Rai ni sangat rajin mengupdate entry baru even dari email dia.. :)


Apa yang daku suka/ best pasal blog ni:

1. Layout dia...simple aje...white font on black background... takde widget-widget dan aksesori yang menyaratkan dan memberatkan server.. so, cepat aje loading.

2. Ada few bloglists. Ku kira senang untuk diri Cik Rai sendiri nak baca blog kengkawan.. dan mudahkan pembaca juga...PLUS, tolong kengkawan dengan promote entri baru mereka...

3. Cik Rai ni terer bab-bab medical terms ni.. Salut kat dia lahhh.... Ha, btw, dah ingat dah cemane ley terjebak ngan Cik Rai Ourkizuna ni.... dengan pertolongan enche' Google.. ku taip Hep B dan keluarlah Ourkizuna.... So, kiranya Hep B lah pengikat kasih kami berdua, hehhehhe....

4. Ada scroll button untuk archive Cik Rai.. so, ini sangat2 membantu kita nak baca dari bulan mana yang kita ndak...

5. Cik Rai kita ni ada jugak citer pasal BF journey dia... kena la baca sendiri, baru ada feel... tp, banyak lagik pasal BF ni dia share kat blog yang lagi satu iaitu  Penyusuan Susu Ibu




So, sekian sahaja review blog mama ku ini... Errr, Cik Rai? ape pendapat anda?


Homework Ahead

Nape la tak tido lagi ni...






dari encik Google



hihihi... ku kan telah memberi diri sendiri homework...... ;p
jadinya, sambil memerah sambil la study blog2 yang akan direview...
... sabar ye kengkawan.... 



p/s:
* masih mencari-cari ayat yg sesuai untuk bercakap ngan mak dia.... Esok dahla nak anto Syabil n Rania sekaligus.... aisehhhhh....
*ade jugak rasa macam tanakk anto langsung dah anak-anakku.. tp, ku tau itu bukanlah penyelesaiannya...
aisehhhhh.......

September 27, 2011

Pengasuh: Kecewa

Hari ni ku hantar lagi Rania ke rumah mak dia. Berbekalkan 3 botol X 3oz, macam semalam...

Dalam jam satu limabelas tghri, ku pun kembali ke rumah mak dia nak pick up Rania. Hari ni mood abang Syabil oke sket.. nak turun kereta jumpa mak dia..

Rupanya anak dara ku itu tengah tido.. dari jam 11 lebey... Masa nak kejutkan Rania dari buaian, ku terperasanla yang mak dia susukan Rania dlm buaian sahaja. Tak faham?

maknenye dia sendal botol susu ngan kain atas dada Rania.. KECEWA....

Darahku menyirap... Kalau Rania tersedak macam mana? Boleh ke dia dengar kalau dia di dapur? Sibuk memasak? Kalau dah 3 orang nak dijaga esok macam mana pulak? (Mak dia jaga syabil, Rania dan seorang lagi budak...)Terlintas di fikiran perkara yang lebih buruk tapi ku buang jauh-jauh bayangan itu...

Macam mana nak beritau yang aku tak suka dia buat macam tu? Dahla dia tu lebey kurang umur mak aje... Pengalaman pun banyak.. memang bagus dia jaga Syabil dan anak2 yang lain aku tengok.. even dah besar panjang pun ada lagi buat dia rumah transit... Tapi, cemana nak cakap kat dia tu? Nak susun ayat2 berhemah tu....

Artis Popular....

Hari ni diriku seperti artis popular ala-ala Siti Nurhaliza gitu... (err, siti masih fofular ke..?)


Bila ku menjenguk ke sekolah.......

Semua budak-budak berebut nak salam, kerumun aku, cium tangan dan bertanya khabar....

Hhahahah... siap ada buat lawak nak mintak otograppp kau...

Layankan aje la.... yang penting teacher masih ada 20hari baki cuti.. Nanti kita jumpa okeyyy (n teacher bagi homework banyak2.. like always...;p)

BF-mommies Blog Review

Usia blog ku ini baru je setahun jagung.... tp, banyak jugak berblog-walking n jenjalan ziarah eshpeshelli blog-blog mama yang menyokong bf... 

Dalam pada berblog-walking ni, kadang-kadang terlupa pula nak bookmark blog-blog mama yang menarik...







Jadinye, ku bercita-cita nak buat blog review a.k.a teropong-teropong kepada sesiapa kengkawan yang sudi blognye direview oleh daku....

Bagi mereka-mereka yang nak blognya direviewkan, bolehla tinggalkan link kat ruangan komen... InsyaAllah akan dibuat review dan dimasukkan ke bloglist ku ini.....




p/s: Rasanya cukupla setakat 30 blog untuk direviewkan (ade ke yang sudi? )

p/p/s: kalau ada cadangan blog2 Mama yang best pun korang boleh gak rekemen... 

Gaya Si Comel Berhari Raya (pt 2)


Syabil Rafiqi's GA Contest...

Kategori A (Boys)



Nama : Syabil Rafiqi bin Syeful Rahim
Umur : 2 tahun 4 bulan
** penyertaan kedua dlm GA ni.. Sebab anak dua.. tak best lak kalau hantar satu penyertaan aje..



2011 Give Away Contest ni dianjurkan oleh BabyIbu dan Azzamoro..
bole klik banner kat bawah ni.. kot2 ade yg nak join....




Nak tau dapat hadiah ape??

Hadiah 

Bagi Kategori A (Boy) dan B (Girl):

  • Hadiah Utama - Gin and Jacqie Babybag


  • 10 Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30.



Hadiah-hadiah ni adalah tajaan:



September 26, 2011

Cerita Rania, Mama dan Mak...


Hari ni first time betul-betul berjauhan dengan Darling Dotter, Rania..... huhuhuhuhu

Pagi tadi hantar Rania untuk proses asimilasi.. (eceh, ayat baku BM A1 tu..... hehehhe) 
Sebenarnya hantar Rania sebab nak biasa-biasakan diri dia tu ngan mak dia.. pengasuh yang jaga Cheeky son Syabil gak....
Nanti, takdela terkejut sangat Rania (n mak dia.. heheh) nak menjaganya...


Hantar Rania jam 8.30 tadi... masa tu dia mamai-mamai nak tido.. Cuaca lak mendung-mendung sejuk Cameron gitu.. So, sedapla dia tido....
Masa menghantar Rania tu, Syabil pulak bangun dan nak ikut...
Bila sampai je ke jalan ke rumah mak dia... Syabil pulak yang teruk nangis-nangis takmo pi umah mak..
hahahha.. apela abang Syabil ni....
Bila hantar Rania, Rania senyum aje kat mak dia.. Terubat sikit hati nak tinggalkan Rania.. Syabil pulak happy lah dapat ikut mama pi jenjalan hari ni.... :)

So, hari ni tinggalkan Rania selama 4jam dan bekalkan 3 botol susu berisi 3oz susu setiap satu. Memang dah lebih satu... just in case.. tumpah ke (harapnye tidaklah) atau kes emergency seperti Mama tak ingat-ingat nak balik dan amek Rania.. hahahhahah.... 

Jadinya, berdua sajalah mama pergi ke bank.. dengan Abang Syabil.... pergi masukkan duit rayerr abang dan adik... 

Masa pick up Rania dalam jam 12.30 tengahari, Mak dia tengah susukan pula... hmm.. tak abisla susu yang diminum bila Mama dah ada di sisi.. Mak dia cakap "Ha, Rania ni asyik nak bercaaaakaapp aje..... Takde orang mula lah panggil-panggil... Nak kena ada orang dekat-dekat ngan dia...." Mama hanya mampu senyum sengih aje Rania oiii... Memang kamu macam tu lah nye kat rumah pun.. Mujur la kamu ni takdela nak eksesais sangat kotak suara kamu tu hari ni........



*Rania minum 3oz + 1.5oz hari ni.. kira kejayaan jugakla sebab dia minum aje susu dari botol tu.. Alhamdulillah... takut jugak Rania tak dapat terima puting susu botol... jenuh nak memujuk anak dara yang sorang ni kalau dia mengamuk... ;p




Sesi Godek-menggodek....

Tengok-tengok dan belek-belek pics Rania.. pastu cam terfikir lak nak edit-edit gambo.. bagi chomel sket.


SEBELUM (makeover)



SELEPAS (voiilaa...!!)

teknik Lomo...


Cantik tak? cantik tak? Subjek tu memang dah cute dah.. no contest there.... :)
Gambar yg dah diedit la.... santeekkk kan? 

Memula ku punya hasrat nak menggodek ni timbul sebab gambo Rania tak banyak... sebab? Taktau mana ntah Papa letak charger kemererr ku... Kemerre Sony yg cikai kepunyaanku itu plak takde yg sama chargernye.. (itulah kelemahan sony, kalau kemererr baru kuar je, charger pun lain....)

So, ku godek2 guna Picnik je.... ha, boleh la sesape yg nak try edit tu guna software free kat SINI
Senang je nak guna.. upload pic.. pastu boleh klik-klik aje button n effect yg kita nak.. bole try n error..
best lah untuk orang yang bute IT-yang-canggih-manggih cam diriku ini.....

Jom layan pics Rania yang ku godek-godek.....


 yg ni teknik Fokus...

hahaha... kaki Rania pun jadik....

teknik collage

masih tergodek2 lagi.. kolaj yg dibuat nih ala2 ngantuks gitu...


teknik polaroid

yg ni di black n white gak... so, nmpak klasik 
*abaikan mulut nganga tak shenonoh anak dara tu.... 


teknik 60's.... feverettt.....

nampak begitu old skool kan?? vintage...

Ha..... apelagi.. bolehla korang menggodek-godek pulak ye.....

September 24, 2011

Pemakanan Ibu Menyusu

Penjagaan pemakanan seorang ibu yang menyusukan anaknya sangat penting. Makanan yang dimakan akan mempengaruhi rasa susu, kualiti susu dan juga kuantiti susu ibu itu.

Rasa Susu

Anak yang menyusu dapat merasa setiap makanan yang dimakan oleh ibunya. Rasa manis, masam, pahit, pedas semuanya sudah dapat dirasai anak apabila menyusu. Jika ibu makan buah betik hari ini, susu akan rasa buah betiklah. Kalau makan durian.. pun boleh rasa durian. Itulah sebabnya, ibu-ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanannya. Bukanlah bermakna kita langsung tidak boleh makan makanan rapu (contohnya mi segera) atau berpantang makanan.. tapi, pengambilan perlulah sederhana aja...


Kualiti Susu

Pemakanan ibu yang seimbang dapat menjamin kualiti susu ibu itu. Mesti dah muak kan dengar makan makanan yang seimbang ni? Tapi, memang betulla. Makan makanan yang berkhasiat akan membuatkan ibu akan sihat. Bila ibu sihat walafiat, kualiti susu pun tidak akan terjejas. Sebenarnya, kalau ada juga ibu-ibu yang agak culas nak makan sayur atau kurang makan buah atau lain-lain makanan yang berkhasiat, susu ibu itu adalah lebih berkhasiat dari susu formula. Ibu kan nak yang terbaik buat anaknya? Cubalah untuk kurangkan makanan-makanan rapu dan tidak sihat.




Penghasilan susu ibu adalah dari 2 sumber iaitu makanan ibu itu dan juga dari ibu itu sendiri. Jika ibu tidak makan makanan yang berkhasiat, susu akan mengambil zat daripada ibu itu. Bila ini berlaku, ibu akan lebih mudah jatuh sakit dan seterusnya mengganggu pengeluaran susu ibu itu sendiri. Bayangkan saja badan ibu seperti kilang. (memang pun, ;) kilang susu) Jika kilang tak dapat sumber atau material yang berkualiti, tentunya barang yang dikeluarkan juga tak berkualiti kan?

Susu ibu hanya akan tidak berkhasiat dalam kes-kes malnutrition yang keterlaluan seperti di negara-negara Afrika itu..... So, InsyaAllah susu kita masih berkhasiat... :)


Kuantiti Susu

Pengeluaran susu ibu secara umumnya tidaklah terjejas dek pemakanan ibu. Namun,kadang-kadang kadar pengambilan makanan dan air boleh mempengaruhi kuantiti susu ibu. Contohnya, bila bulan Ramadhan, ramai ibu akan mengalami kemeruduman susu. Ini kerana mungkin badan kita mengalami dehidrasi. Ramai, bukan semua. Sebab, ada juga ibu yang mengalami pertambahan susu sebab badannya menerima nutrisi yang cukup. Minum air yang banyak waktu malam... dan pengambilan makanan yang berkhasiat. Jadi, kita perlulah seimbangkan pengambilan makanan kita supaya kuantiti susu tetap sama. 


Ada juga jenis makanan dan herba yang dapat menambah susu.. herba ini dipanggil Galactagogue.. Pengambilan penambah susu ini memang terbukti berdasarkan kajian dan juga pengalaman.. Tapi, next time la ye kita citer-citer pasal ni ye...



Yang paling penting,

 Kalau ibu kerap menyusu, anak menyusu secara efektif dan memerah susu secara konsisten, pengeluaran susu tisak terjejas. Malah, susu mungkin bertambah.

PENGHASILAN SUSU= PENGOSONGAN (breast) YANG EFISYEN

 So, apa pula corak pemakanan anda? Mungkin boleh dikongsikan di sini?

P/s: Suka makan apa saja... Cuma kena beringat-ingat anak terima directly apa yang saya makan.. heheh.. So, kene kawallah... (boleh la jadi cantikk n selimm sebab asyik makan makanan berkhasiat aje.... hehheh)





Renjatan Elektrik

Electric shock....

Pernah kena tak? Mesti rasa sakit dan terkejut. almaklumlah, nama pun shock kan.. hehheh...

Kalau elektrik yang sedia ada dlm badan pula cemane? Itu tandanya muscle strained. Sakit otot-otot.

Dah berapa hari dah daku ini sakit bahu.. kalau paling teruk bila elektrik sangat2 terasa merenjat otot2 ku di tulang belikat tu... tanda stress?? ku tak stress pun. Cuma mungkin muscle stress la kot... Cepat2la en Asben balik dan tolong urutkan.... adeh...

Muscle Strain
A muscle strain is the stretching or tearing of muscle fibers. A muscle strain can be caused by sports, exercise, a sudden movement, or trying to lift something that is too heavy. Symptoms of a muscle strain include pain, tightness, swelling, tenderness, and the inability to move the muscle very well.
sumber dipetik dari  www.nytimes.com

Mungkinla sebab asyik angkat2 Syabil.. or even Rania... tu yang strained nih....

Harap-harapnye, dengan tdo bolehla hilang sakitku ini.... ZZZZzzzzzzzzzZZZZ

September 23, 2011

EMas... Pelaburan bijak?

Melabur ni banyak macam dan channel.. salah satunya ialah melabur dalam emas a.k.a membeli emas.
Ada yang beli emas nak pakai kat badan... setakat sikit2 tu okeyla kalau nak pakai kat badan...
Tapi, hendak ke jadik macam Mami Jarum tu yg pakai gelang sampai ke siku, rantai-rantai pula sampai tertunduk kepala sebab berat.. hehehh...




Boleh jugak kalau beli emas stail jongkong tu , ala goldbar tu la.... lagi bagus.... susut nilai pun tak banyak sebab emas jongkong, 99.9%....

Beli-membeli emas ni, ikut pengalaman (mak)ku memanglah berbaloi-baloi.... bayangkan, takyah jauh la... April lepas, harga emas 916 yg dipakai kat badan tu dlm RM145.00 satu gram... Skarang? September ni yang lepas raya ni.. harganya RM187 (setelah diberi diskaun...). So, dah untung RM42 dlm masa 6bulan sahaja.

So, apa pendapat korang? Berbaloi tak melabur dalam emas ni?

Ourkizuna GA..... Nak, Nak, Nak Puding Karamel Itu..!!



Ha.. ni satu lagi giveaway yang sangat menarik kalbu ku.. :)
Heheheh

Cik Rai Ourkizuna......Ada baaanyakk sebab kenapa diriku ini patut mendapat puding karamel itu:

Sebab Pertama:
Diriku ini adalah mama kepada 2 orang anak-anak kecil yang sangat memerlukan daku yang kurang ada masa nak masak dessert bagai2 nih. :)

Sebab Kedua:
Ku bolehla share puding karamel nih dengan anakku Syabil tu sebab ni antara feveret (mama) dia. hehheheh..... :)

Sebab Ketiga:
Ku boleh jugak share puding karamel free n senang nak sediakan ini dengan family2 ku... sebab ku duduk dengan mak, ayah, adik2 ku... :)

Sebab Keempat:
Ujung2 minggu makcik2 ku suka lepak kat umah (mak) ku ini.. So, inilah masanye nak tayang skill (konon2 la..)... lagipun, bolehla share ngan makcik2 plaks.. :)

Sebab Kelima:
 Cik Rai Ourkizuna, buat amal jariah tau bagik puding karamel tu kat diriku..... Yekla, ku share hadiah tu ngan raaaaamaiii orang... So, dapat pahala tau membahagiakan dan mengenyangkan perut sedara sesama islam nih.... :)

Sebab Keenam:
Puding karamel mu itu Cik Rai Ourkizuna sekejap aje masaknye.. mudah lak tu... Jadi, sambil2 diriku ini tengah memerah hasil tenusu untuk Rania tersayang punnnn dah boleh siap.... :)

Sebab Ketujuh:
Walaupun ku tahu cemana nak buat puding karamel, tp, tidak bermakne semuanya itu bila penyakit M(alas) datang melanda. Jadik, pemberian mu Cik Rai Ourkizuna akan menyembuhkan penyakitku ini.... :)

Sebab Kelapan:
Kalau betulla seperti yang di'propa'kan oleh Cik Rai Ourkizuna, puding karamel ni mudah aje nak buat kan? Jadi, bolehla dijadikan bahan ala-ala 'homeschool' diriku beraktiviti dengan anak bujangku, Syabil tu.... Musti Syabil seronok dapat buat sendiri puding feveretnye... 


So...... dengan terbentangnye lapan sebab-sebab ini... harus wajiblah diriku ini mendapat puding karamel Cik Rai Ourkizuna itu... Sekian...

P/s: korang2 yg membaca ada lagik ke sebab yang lebih munasabah, ayat2 yang lebih power???? ha, apelagi, joinla GA Cik Rai Ourkizuna ini yerrr.... :)


Air Asia Free Seats Are Here!

Baca tajuk pun dah mencabar iman kan? Kalau tengok iklannye itu lagilah goyah... hheehheh...

FREE SEATS ARE FINALLY HERE



Tapi... tu lah, berbaloi tak beli seats ni? Bayar siap-siap kan?

Kalau tak jadi pergi... burn tiket.. so, macam pertaruhan la pulaks.

Dan, bagi diriku ini yang cuti ikut en. Asben punye schedule.. memang tak dapek den nak nolong eh.

Dan juga..... (ah-long) duit bercakap-cakap.... hehhehe...

Tapi, itu chetty-Tony Fernandes dah melaung-laung....

BRUNEI!! HONG KONG!! MACAU!! CHINA!!! LAOS!! THAILAND!! INDONESIA!! MYANMAR!! INDIA!!


So, sesiapa yang berkenan tu bole la booking ye... sempat lagi nak kumpul duit nih.... :)

p/s: iklan tak dibayar la pulaks... heheehh

September 22, 2011

Peras Ugut ATM

dipetik dari SINI 


sumber: Enchek Google


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda
daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
memasukkan no. Pin anda di mesin ATM cara terbalik..


Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan
nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah
nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda
yang masukkan ke dalam mesin tersebut..


Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang
kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa
(Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak
mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini..








**p/s: tak pasti betul atau tidak? kalau diikutkan logik, mana dpt  go thru transaction kan kalau nombor tak sama.. hmmm... bolehla difikir-fikirkan ye....


**p/p/s: berdoa biar tak kena peras ugut di ATM ni... So, selalu la pandang2 kirikanan sebelum ke ATM tu.. berjaga-jaga.. Kes sebegini kita tak mau la 'belajar dari kesilapan' kan?

September 21, 2011

Gajet pilihan...

Alahaii......

Chantekknye kamerer ini... drooolllll..... meleleh je air liur nih... hehheh...
Makcik ni memang tak pandai nak mengedit2 gambo, kalau nak pakai kemerer DSLR macam Mak Intan Haryati tu, lagikla nye... Skang kan tgh trend org pakai kemererr gabak2.. tp, takpela.. ku belom mau yg gabakk2 n lens yg pjg2 berdepa2 tu.. cukupla kalau dapat yg ini.. siyesss (cewah, makcik bercakap mcm org mudemudi...) cantik wooo kalau amek gambo gune kemererr nih... Agak2 EN. HASBEN mau tak belikan aii kemererr nih??? droollll...........

NEX-C3K/P-NEX Camera (E-mount)-NEX-C3
yg pink ni la yang makcik berkenennn... chanteekknyerrr...!!

Memang best la.. dah abis semua yg diiklankan tu dah dibelek2 dan ditonton... hmm.. bukan senang makcik nak gajet2 cengginih masuk wishlist nih.. slalunye henbeggg aje manjang... ;p

p/s: bday dah semakin dekat.... mintak2 la En. Hasben ade duit terpijakkkss... hahaha... tak dpt kemererr, dapat pegang yg kat kedai pun jadikkla.... hhehheh

Ada apa dengan.....

Ada apa dengan WORDLESS WEDNESDAY?

Diriku ini semenjak dua menjak ni suka la jugak berblogwalking nih.. Sambil jalan-jalan, sambil baca-baca, sambil cuci mata, tak kurang juga kalau topik yg best2 tu ku menyampuk jugaks. hehhehe...

Tapi, asal ari Rabu aje keluarla wordless wednesday ni.. Nape ye? ade entri tu memang betulla wordless... tak tau nak nulis ape tp diuplodkan gambonye aje... Tapi ade jugak yang kate wordless weds, tp berjela2 jugakla karangannye tu.. hehheh... so, kat tang mane yg wordless nye?



Tapi, nape Wordless wednesday? tak Tuesday mahupun Friday? Lame2 nyanyi aje lagu Awi Rafael (eh, betul ke nama penyanyi nih? ) yg sangat catchy tu...

Atau... diriku kah yg silap tafsir? wordless tu tak semestinye taktau nak cakap ape ke? bagiku, kalau tak tau nak cakap ape dlm entri.. baik aje tak perlu post pape.. heh.

p/s: Saya Budak Baru je nak belajar... sila tunjuk ajar ye.... :)

September 20, 2011

Rezeki... Alhamdulillah

Rezeki.. ada macam-macam jenis rezeki... 



Rezeki anak ramai

sumber: Google




Rezeki anak sorang

sumber: Google




Rezeki duit banyak




Rezeki harta melimpah ruah
.....
.....
.....
......

Rezeki sihat walafiat
.....
.....
.....
.....

Rezeki melancong
.....
.....
.....
.....

Rezeki belajar
.....
.....
.....
.....

Rezeki Susu Banyak... :)


Bersyukurlah dengan rezeki yang ada.. Mungkin apa yang anda tak dapat tu.. belum ada rezeki menjadi hak anda lagi... ?? Rezeki tak terpijak n jumpa tepi jalan (eh, ade jugak.. kalau budak2 jumpa duit syiling 50sen.. itu rezeki dia dah tu.....) Rezeki jugak tak datang bergolek. Rezeki datang dengan usaha. Rezeki datang dengan doa. Rezeki datang dengan bertawakal kepada Yang Maha Esa...

p/s: percaya yang rezeki ada di mana-mana. Kalau tidak hari ini, mungkin esok. Kalau sudah tertulis itu rezeki kita, InsyaAllah kita akan dapat rezeki itu. Alhamdulillah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...