Banyak cerita yg dikongsikan bersama bila diri ni dok diurut....
Cerita 1: Rezeki
Ada seorang pompuan ni, kita bagi nama A la. A ni dok kat area
KL.. so, jauhla dari Kuantan ni.. 8 tahun berkahwin tak dapat anak.. So,
after direkemen oleh kawannya, dia datang berurut ngan Kak Yah ni. Dia berurut
seminggu. Dan... makan ubat herba tradisional dibuat oleh Kak Yah sendiri..
Selepas 2 bulan makan ubat.. bulan ketiga dia mengandung..... Sekarang dia
tengah mengandung anak kedua pula (lepas bersalin, dia datang berurut
semula.....). Mesti si A tu suka sangat bila usaha dia datang jauh2 berurut membuahkan hasil...
Cerita 2: Sengkak
Sengkak ni macam naikkan peranakan tapi lebih serius dan bahaya
sebab bidan tu akan tolak jauh ke dalam dan ke belakang. Di samping itu, bidan
ada bacaannya bila buat sengkak ni. So, Kak Yah tu cakap, sesiapa yang tak nak
anak dah bolehla buat macam ni. Tapi, nak buka balik sengkak ni, kena bidan
yang sama.... Kalau bidan tu dah meninggal dunia cemana?
Ini yang aku dengar sendiri la dari Kak Yah tu..... Ada sorang Cik Kiah ni dari Johor, datang berurut ngan dia sebab nak anak kedua.. Anak sulung dah dekat 10 tahun.. So, terkedu la Cik Kiah ni bila Kak Yah tu cakap sengkak ni memang orang yang sama kena buka sengkak dia... Memang takbley buat ape dah....
So, korang perasan tak kalau tukang urut ni... memang selalunya banyak aje celotehnya. Kenapa? Sebab dia takut tertidur masa urut tu... Almaklumlah... banyak tempat nak cover (urut...) jadi, membosankanlah.... ;p
So, korang perasan tak kalau tukang urut ni... memang selalunya banyak aje celotehnya. Kenapa? Sebab dia takut tertidur masa urut tu... Almaklumlah... banyak tempat nak cover (urut...) jadi, membosankanlah.... ;p
mmmm..agak bahaya juga ye klu buat sengkak ni kan..
ReplyDeletetu la.. ingat biasa2 je sengkak ni.. bila kak yah tu citer, jadi takutla...
ReplyDeletenasib baik tak penah buat...