Pages

September 07, 2011

Persediaan untuk Menyusu (pt. 1)

Penyusuan susu ibu ini adalah antara detik terindah bergelar ibu. Tidak tergambar perasaan bila first time mendakap baby.. dan menyusukan baby. Namun, apakah persediaan yang perlu kita ada untuk menyusu?

Semasa Mengandung:

  • niat untuk menyusu
  • bercakap dgn anak dlm kandungan tentang niat kita utk menyusu. Cth: 'mama ingin sangat menyusukan baby... nanti bila baby dah keluar, minum susu mama banyak2 tau...' (bolehla dipelbagaikan dialog itu) bila impian menyusu 2 thn ni dicakap2kan... ia memberi kesan kpd minda separa sedar kita..
  • makan vitamin yg diberi doc.. obimin, atau vitamin kecik2 yg diberi kerajaan tu la.. ade jugak yg mengandung tp x lalu nak makan vitamins bagai.. so,
  • makan healthily. ala, kalau kat skolah kata ikut food pyramid kan? memang kene ikutla. at least dah ade basic idea kan?
  • minum susu (segar ke.. tepung ke.. tak kisah). tp, susu soya wpun ade kata bole putihkan kulit baby, tp, my niece allergic teruk sebab adik saya minum soya berkarton sehari (ok, exxagerating, heh). Jadi, minum kena la berpada2. Wasatiah..
  • Bila dalam 36minggu ke atas tu, bolehla gentel2kan nipple. untuk sediakan nipple ke arah menyusu nanti. kalau awal lg bagus, tp saya pernah dengar gentel nipple ni bole stimulate contraction. tak pasti samada betul atau tak...
  • Beli bra menyusu yang sesuai... plg murah rm15 dah dapat. ade dijual kat jusco - material dia oke tp limited choices. FabulousMom ade gak. yg ni range lg byk.. siap yg lace la... tshirt bra utk menyusu pun ade. Autumnz pun ade jugak...
  • Beli @ tempah baju menyusu utk senangkan proses penyusuan bila nak jenjalan.. takde pun takpe. tp, kalau ada baju ni konfiden sket nak selak menyelak baju. hehehe... ataupun beli/buat nursing cover. murah sket kosnye....takpun shawl pun boleh digunakan...
  • Penuhkan ilmu di dada.. kalau tak banyak pun, sikit.... Memang sangat2 senang bila ada internet ni.. Bergantung pada diri sendiri aje cemane nak gunakan kemudahan yang ada..

So, ade lagi yang anda2 sekalian nak tambah dlm tips2 di atas? U are most welcome..... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...