Pages

September 08, 2011

Persediaan Untuk Menyusu (pt. 2)

Okey, kita sambung post yg sebelum ni, Persediaan Untuk Menyusu (pt. 1). Kalau dalam entri lepas, persediaan semasa mengandung dan apa yang perlu dibuat untuk sediakan diri kita untuk memberikan yang terbaik buat si permata hati... Jom tengok dan baca pula sambungannye...

Selepas bersalin dan dalam pantang:


  • Sejurus selepas bersalin, kalau boleh betul2 lepas push n baby dah keluar, dakapkan baby kat dada. Skin to skin contact. Then, kalau kat hospital rakan bayi dia akan bagi baby kita seawal yg bole utk menyusu. (ikut pengalaman saya, Syabil dulu dah siap jahit luka kat perinium tu barula nurse nak bagi anak.... sampai merayu2 saya tanya bila saya boleh pegang anak saya... yekla, dlm kepenatan tu, nakle dakap n peluk n cium baby. Lepas 4 jam bersalin barula Syabil dapat menyusu, bila dah admitted ke wad. Kesian Syabil...---> anak kedua, Rania ni dalam sejam pertama tu dah menyusukan dia, even dlm labour room lagik. Seronoknye tak dapat bayang.. )
  • Ingat2kan kembali posisi menyusu yang betul.. Cradle, footbal, Lying... biasakan dengan posisi2 ni.. try and error... Cradle tu cam dah biasa kan? Lying pulak nak get used to it kalau new mothers susah sket nak adjust.. tp, lebih relaks... both for mommy and child.
  • Susukan la baby sekerap yang dimahukan.. baby baru lahir memang perutnya sekecil kacang peas, jadik kolostrum (susu awal) yang sedikit tu sebenarnya cukup utk dia...
  • Rooming-in.. baby ada dekat ngan kita supaya senang je susukan baby... Kalau dlm hospital, kat sebelah katil la, dalam bilik sama. Kalau kat umah, kita dah penat ke.. bole aje letak baby sebelah kita... buatla posisi baring sambil menyusu pula.. :) Bolehla kita berehat sikit.. :)
  • Biasakan diri dengan cues atau tanda2 dr anak tersayang.. sebab, kalau dah nangis tu kire dh last resort la sebab mama tak hirau peka dengan body language baby.. (Kalau Rania.. haishh.. memang lama je nak kene pujuk balik once start nangis... heh)
  • Cuba tidur atau rehat bila baby tdo.. especially first week tu.. badan kita kan masih lemah2.. so, memang kene byk rehat.. (wpun macam segar jek badan sebab ceaser or takde jahitan utk bersalin normal..) --->> berehat ssebab bila kita tak stress n tenang, pengaliran susu ibu lebih lancar, dan lebih banyak...
  • Kalau working mothers, dah kena kumpul stok susu ebm.. apetah lg kalau amek cuti bersalin 60hari aje... bole guna teknik marmet ---->> perah susu gune tangan. or bole guna any hospital grade pump.. (berkenaan mengumpul stok ebm ni..kita citer kat entry lain la ye... )
So, harap dapat refreshkan ilmu2 yg sudah di dada.... atau membuka mata bagi yg tengah mencari2 dan menggali ilmu penyusuan susu ibu ni.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...