Pages

September 27, 2011

Pengasuh: Kecewa

Hari ni ku hantar lagi Rania ke rumah mak dia. Berbekalkan 3 botol X 3oz, macam semalam...

Dalam jam satu limabelas tghri, ku pun kembali ke rumah mak dia nak pick up Rania. Hari ni mood abang Syabil oke sket.. nak turun kereta jumpa mak dia..

Rupanya anak dara ku itu tengah tido.. dari jam 11 lebey... Masa nak kejutkan Rania dari buaian, ku terperasanla yang mak dia susukan Rania dlm buaian sahaja. Tak faham?

maknenye dia sendal botol susu ngan kain atas dada Rania.. KECEWA....

Darahku menyirap... Kalau Rania tersedak macam mana? Boleh ke dia dengar kalau dia di dapur? Sibuk memasak? Kalau dah 3 orang nak dijaga esok macam mana pulak? (Mak dia jaga syabil, Rania dan seorang lagi budak...)Terlintas di fikiran perkara yang lebih buruk tapi ku buang jauh-jauh bayangan itu...

Macam mana nak beritau yang aku tak suka dia buat macam tu? Dahla dia tu lebey kurang umur mak aje... Pengalaman pun banyak.. memang bagus dia jaga Syabil dan anak2 yang lain aku tengok.. even dah besar panjang pun ada lagi buat dia rumah transit... Tapi, cemana nak cakap kat dia tu? Nak susun ayat2 berhemah tu....

5 comments:

  1. adoi.. susah juga ye, kalu kita tegur kata cerewet pulak, lagi2 orang lama pulak tu, sensitif lebih..

    tak tegur, apa2 perkara buruk berlaku kat anak nnt, nyesal tak sudah sbb kita dah tau.. cuba bgtau elok2, moga
    dia faham

    ReplyDelete
  2. isk2..tu la kan...macam mn nak tegur tu...? x patut dia sendal dgn bantal mcm tu...tegur la...dgn cara yg lembut...

    ReplyDelete
  3. tu bahaya tu..kalau ada apa2 salahkan pengasuh hmm..kena hati2

    ReplyDelete
  4. apa2pun mmg kena tegur gak ..
    sebab kalau la berlaku apa2 (minta2 dijauhkan), kita akan menyesal nanti..

    bahaya mmg bahaya

    ReplyDelete
  5. bahayanya..tegur la elok2..kalau jadi kat diri saya pun saya tak tau nak cakap macam mana..sedangkan ada jiran salah dengar nama saya dia duk panggil saya dengan nama yg salah pun saya tatau nak cakap macam mana..sudah nya saya sms je dia..

    kalau rasa macam susah sangat nak cakap depan2 cuba sms je..tapi kena pantau dari semasa ke semasa.. lepas tu sesekali puji atau bagi hadiah..takut dia kecik ati ke..dia jaga anak kita.. takut jugak kot kalau dia tak puas ati dia lepas geram kat anak2.. kita tak tau hati org ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...