Semalam dah 2 hari daku ini masuk kerja semula setelah bercuti bersenang lenang hampir sebulan ++...
Hari pertama meeting sampai jam 1.30 dan dijamu makan tengahari nasi beriani feverett... So, lepas makan, dalam jam 2 petang (*gasp*!!! sebab lapo gilerr, heh) barulah ku pam. Masa dalam meeting, sangat gelisah sebab jam 10.30pagi dah rasa kedua2 B daku panas.... Dapatlah hampir penuh dedua botol bila selesai sesi memerah.
Semalam pula ku lebih berjaya, ku dpat buat 2 sesi perahan di sekolah. Satu, jam 10pagi dan satu lagi jam 2ptg. Nasib ada tea break jam 10pagi tu. Ku dengan selambanye dalam bilik miting yang boleh muat (padat macam sardin) 100 orang mengeluarkan gajet2 perahan dan mula memerah... tapi masa tu hanya ada dalam 7 orang sahaja... (termasuk BOS) dan semuanya perempuan... Masa ku mengepam tu, adela dalam 2,3 orang kakak2 veteran yang menegur sambil kagum dengan gajet2 ku yang bagai2 itu.. Ada seorang lagi kakak tu muka dia seakan tak percaya yang aku memerah susu dalam bilik mesyuarat itu dengan selambanya.... Dia memang tak cakap pape tapi riak muka dia tu 'incredulous' dan 'sceptical' kat aku ni
Bila jam menginjak ke jam 10.20, makin ramai memenuhi kembali bilik untuk sidang mensyuarat seterusnya.
Ada pulak yang menegur "ai, Leen, sempat lagi ye ko? Melucah ye..." Padahal, ku lakukan sediscreet mungkin untuk elakkan BOS nampak.. Memang people won't notice unless they really look at me. Agak menyirap darahku ketika itu dan dialog itu diucap tatkala ku menyimpan perahan dalam cooler bag ku.
So,
- patut ke tak patut ku mengepam dalam bilik mesyuarat?
- Lucah ke memerah susu ni?
adakah bila daku mengepam di bilik mesyuarat nampak unprofessional eventhough during break?
perkara macam ni depends pada penerimaan orang sebenarnya..ada orang rasa perbuatan memerah tu melucah..walau pun tak nampak aurat..kalau sama2 perempuan baik terangkan je dengan dia..
ReplyDeletesekurang2 nya dah save masa kat situ kan..
as long as tak berbunyi la..kalau bunyi cam terganggu pulak org lain nanti..
good luck!!
Wah sesedap rasa jer bahasa org yg tegur awak tu...ada ke melucah? Teruk betul lah. Tak patut....ini la yg berlaku bila org sekeliling kurang paham ttg kepentingan BF....sabar jer laa...
ReplyDeleteApapun, tindakan awak pam dlm meeting room tak salah, lagipon dh buat serahsia mungkin kan, cuma member awak tu jer yg nak buat kecoh.
Geram jer......ishhhh....