Pages

August 16, 2013

PhD in breastfeeding



Alhamdulillah..... 2 tahun menyusukan Rania Rafeeqa binti Syeful Rahim, and counting!! 


Kiranya bolehlah anugerahkan phd kepada diri sendiri dalam menyusukan anak kali ni. Alhamdulillah... masih menyusukan Rania walaupun di rumah pengasuhnya, dia memang dah minum susu formula. Tapi, if bersama diriku ni, memang cik B la yang akan dicari. Tapi, sekarang dah ada competitor. Selimut pink dia. if takde, mau mengamuk si genit ni.

Pengalaman selama menyusukan Rania ni berwarna-warni. Almaklumlah, lebih lama berbanding abangnya, Syabil. Rania dapat susu full setahun 2 bulan lebih kurang. lepas tu, direct sahaja bila bersama. Tuntutan kerja yang menghambat buatkan daku ni tak lagi mengepam. huhuhu. Terasa rugi sungguh. :(
Sekarang, Rania main dengan babies dia, akan ada la adegan selak2 baju and susukan babies dia. Sangat-sangatlah bangga nye daku. 

Tapi, apa yang dapat disimpulkan di sini, makan suplimen memang sangat membantu. betul, Supply Vs Demand. Sangat betul. Mindset pun perlu ada. mindset yang sentiasa positif. sangat2 positif. Jadi, sepanjang 2 tahun ni, memang apa yang membuatkan saya keep on going ialah dengan makan suplimen Shaklee. Tapi, jangan salah sangka. Suplimen Shaklee tidak membantu untuk menambahkan susu ibu. Saya makan Shaklee untuk diri saya sendiri. Supaya jadi lebih kuat, (bukan macam Superman... ;p) dan lebih bertenaga nak menjaga 2 orang anak seketiadaan Papa mereka. Shaklee membantu saya untuk tidak stress, tidak marah-marah bila balik kerja dan melampiaskan kepenatan saya kepada anak-anak. Saya jadi lebih tenang bila tenaga sentiasa ada walau sudah di hujung hari. Then, bila makan milk booster, contohnya Alfalfa Shaklee tu, bolehlah jadi bengkak balik cik B. 

Analogi yang pernah saya berikan kepada rakan-rakan adalah ini:
Bayangkan jika anda adalah pemain bolasepak yang handal... ok.. ambikla Messi. Dia memang handal. Dia belajar skill untuk bermain bola dengan sangat baik dan ada skill tu. Tapi, bila Messi pakai kasut bola Adidas yang latest dan sungguh ringan dan begitu aerodinamik, membuatkan tendangannya lebih padu, laju dan membolehkan Messi menjaringkan gol-gol yang cantik. 

Sama juga dengan Suplimen Shaklee. If kita tak makan, sama sahaja. Supply Vs Demand. Tapi, suplimen tu memberikan kita lebih keyakinan yang kita mampu. Mampu untuk terus mengepam. Mampu untuk menggapai impian kita, menyusu selama sekurangnya dua tahun. Mampu mendapat phd dalam menyusu bayi kita. Kenapa? Sebab kita lebih bertenaga. Tidak runsing. Tidak stress (stress akan sebabkan susu merundum, kan?). Badan juga lebih bersedia untuk menghasilkan susu untuk bayi tersayang. Ibu pun akan lebih cantik dengan kulit yang tidak lagi kusam... Best kan if kita menyusu, dan kekal cantik jugak? Bonus tu.... :D

Jadi, apalagi? Taknak ke sepuluh, Duapuluh tahun lagi kita look back and reminisce the sweetness of the journey? Yang satu hari (well, even now!) kita boleh proudly say, I have breastfed you, my dear daughter/son (my sweet Rania :)) and gotten a phD at that. 

Can't wait to say it to her in hopefully, myself (if panjang umur..) in the future.

June 04, 2013

Bila ibu berkerjaya Menyusu...

Salam....

Ibu-ibu yang berkerja dan masih mampu menyusu ni kita patut salute.. tabik springg tau kat mereka..
Jadi, jika anda, anda dan anda yang bekerja dan masih menyusukan anak.. be proud of yourself and pat yourself at the back.. (or even, beli handbags  treat yourself) hehheh...

Bukanlah sesuatu yang mudah ye nak memerah susu di tempat kerja sambil dihujani dan dihambat dengan kesibukan kerja yang bertalu-talu. Even yang dok opis pun, ada aje kekangannya... apatah lagijika  ibu itu seorang tentera... doktor... atau site engineer kan...

Memerah susu perlukan disiplin. Dan KEAZAMAN yang kuat. Kalau setakat cakap je aku nak menyusu sampai 2 tahun.... tapi, tiada ILMU, dan USAHA dan ISTIQAMAH (maknenya, berterusan...) memang takkan tercapai impian itu.

Yang Pasti, untuk memastikan SUPPLY menepati dan memenuhi DEMAND, badan kita perlu jadi sangat optimum, sihat dan minda yang TENANG dan positif.

Banyak tempat atau medium di alam maya ni yang boleh digali dan dicari dan dikaji dan dibaca untuk memperhebatkan diri kita dengan ILMU PENYUSUAN.

Tepuk Dada, Tanyalah Selera!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...