Salam semua... (ade lagi ke yang membaca blog ini? heh)
Supplement.... atau vitamin/ nutrisi tambahan... perlu ke?
Ini bukanlah entri yang ingin membuat promosi barangan tertentu.. tidak....
Tapi, ingin berkongsi pengalaman tentang apa yang pernah dan telah diriku lalui.. dan juga berdasarkan pemerhatian terhadap orang sekeliling daku ini....
Di tempat kerja, daku telah menyuarakan satu kemusykilan yang berbunyi lebih kurang begini, "Kak, saya tengok Datin tu tak pernah kenal lelah kan kak? Dia boleh aje sambung kerja from one project/problem to another... I mean, mentally.... (fizikal dia pun nampak bertenaga, tau).. dia dah nak pencen hujung tahun ni, tapi, dia sangat energetic lah... cemana dia buat ye?'
Kakak A,"Agaknya, orang2 kaya ni makan suplimen kot... mungkin dari muda... tu yang dia sentiasa bertenaga tu...."
Permulaan tahun 2012 ini, dengan menjangkakan yang daku akan tersangat lah bizii ngan 2 orang anak dan tugasan kerja yang menghambat, jadi ku ambil keputusan untuk mengambil supliment .... Sebenarnya, tak nampak sangat ketara perbezaan ku makan ngan tak makan ketika itu.. ditambah pula dengan keinginan untuk mengekalkan susu badan... jadi, memang ku takde skip langsung plus dengan bergelen2 air minum.. plus jadual yang selalunya konsisten dalam mengepam... malam dlm jam 1-2 pagi dan awal pagi memang tak tinggal la sesi ngepam....
Pastu, bila ku mahu buat ultrasound liver, ku stop suplimen kot2 bacaan sangat tinggi pula nanti byk lagi la komplikasi nya....plus culas-culas dan penyakit M yang melanda diri utk bangun tgh mlm plus bgn awl pagi...
Ape terjadi? susu kurang.... drop... mulanya ku fikir sebab period lah, or hormon kan... tapi sebenarnya M tu yang penyebabnya.. dan bukanlah suplimen...
Namun, aku percaya suplimen membuat hormon daku akan regulate cam normal, dan percaya suplimen tu akan buatkan daku bertenaga untuk menjaga anak2 dua orang itu seketiadaan (betul ke?) papa mereka. Aku juga percaya ia dapat mengawal hormon ku supaya tak marah2 dan tak stress and then unleash my stress to my babies...
So, punca M itu adalah dari kepenatan melayan anak2.... dan punca penat adalah dari tiada suplimen tambahan.... jadi, perlulah daku mengambil semula suplimen tambahan secara teratur dan berdisiplin supaya daku dapat memberikan yang lebih baik for my babies.
Kesimpulannya, marilah kita makan suplimen walaupun tak berapa nak kaya..... supaya kesihatan terjamin, hidup bahagia...
Mencegah Lebih Baik dari Merawat kan???