Pages

January 29, 2012

Sudah Grad.... First Stage ... Yeay!!

Alhamdulillah...... :)

Bersyukurku ke Hadrat Ilahi
Misi penyusuanku dengan Rania Rafeeqa sudah melepasi peringkat pertama, 6 bulan pada 19 Januari tempohari...




Perjalanan penyusuan ku 6 bulan pertama ini agak mudah. Sesi pemerahan sewaktu dalam pantang dan cuti bersalin yang sembilan puluh hari itu memang sangat membantu tapi sayang, rugi sesangat rasanya tak mengambil gambar stok susu waktu tu. Memang penuh freezer... dan selayaknya di print dan letak kat luar pintu fridge buat membakooooo semangat.... heeee....

Buat masa sekarang memang stok susu ku ini sudah ala-ala semput gitu... ku kira-kira dalam 10 hari bekerja aje yang tinggal. Tapi, takpe... lepas ni Rania akan mula ku bagi makanan pelengkap. So, Insyaallah... cukup untuk Rania stok susu dan susu fresh yang akan diberi... err, ku kira perlu untuk menenangkan diri sendiri supaya tidak stress, namun kene juga sedikit peringatan supaya lebih gigih memerah susu waktu malam dinihari.

Jadi, cuti CNY ni akan di'UP'kan sesi pemerahan susu untuk stok. Chaiyouk! Chaiyouk!!
(Have to stay POSITIVE!!!)

January 27, 2012

JOM....!!!


Ha.... sesiapa yang dok Kuantan (even Kemaman & Pekan) bolehla join SGM kat Kuantan ni... Kat Taman Gelora.... Bukan selalu pun dianjurkan... Tahun lepas sekali tak silap, which lupa nak pi... So, this time nak pergi la.. Insyaallah.... :)



JOM!! KITA JUMPA & BORAK2 KAT SANA!!






January 01, 2012

Flowers For Office

Tahun baru ni nak perbaharui juga working space ku itu.

Tentulah dengan semangat yang kobar2 nak start a new schooling year kan? Lagipun, ada satu kajian dari Harvard ni yang kata persekitaran yang positif akan membuatkan pekerja lebih bersemangat dan lebih produktif. :)

“The results lead us to conclude that workplaces that provide positive environments that foster interpersonal trust and quality personal relationships create the most committed and productive employees,” says Nancy Etcoff, Ph.D., the lead researcher on the study. http://www.flowerpossibilities.com/2010/08/employee-commitment-productivity-study/


Terfikir nak spruce up the desk with a plant. Flowers pun oke jugak.
Memang artificial flowers tu lebih durable, tapi kureng sket dengan diriku ini.

Fresh flowers plak tak tahan lama. Sekejap aje dah layu. Tambah2 kat opisku itu berbahang dan suhu kadang-kadang sampai 34C. Serius, tak tipu..... (sebab aircond underpower untuk bilik guru yang besarrr tu)

So, macam nak p sopink office plant lah kat nursery pokoks.


either pokok ini

zanzibar gem atau pokok 'ong'

atau yang ni

spider plant photo
spider plant

yang ni pun menarik gak.

Jade plant displayed in white Hibachi planter
jade plant
atau pun yang ini?
Sansevieria displayed in white Hibachi planter
sanseveria or mother in law's tongue


Banyak2 tu... zanzibar gem paling menarik sebab senang jaga dan cantik. err, tapi, spider plant dan sanseveria tu pun memang senang jugak nak jaga. hmmm.... yang pastinya, hanya jade plant sahaja yang tiada di rumah emakku ini. So, save budget.... :)

Bolehla pi SSF carik pot yang cantiks. :) dan jugak pebble stones la nak cover tanah tu.... lalallalala...

Semua gambar dipinjam dari sini : http://www.perfectionplanthire.com.au
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...